Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS

Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS

Di tengah-tengah kempen boikot di seluruh dunia terhadap syarikat yang dianggap menyokong Israel, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D Kagan mempersoalkan “kesan praktikal” gerakan sedemikian, khususnya yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.

“Adakah sesiapa fikir boikot ini telah membawa sebarang penambahbaikan kepada keadaan di Gaza? Jika ada yang ingin mengemukakan hujah tersebut, saya terbuka untuk mendengarnya,” katanya.



Bagaimanapun, Kagan mengulangi sokongan AS terhadap protes dan tindakan boikot secara aman.

“Kami percaya pada protes aman. Itu boleh diterima dan kami menyokongnya. Kami menyedari orang ramai mempunyai pandangan yang kuat, jadi teruskanlah.

“Bagi boikot, saya tidak mempersoalkan hak untuk memboikot. Tetapi saya mempersoalkan satu tahap pemilihan tertentu.

“Saya juga mempersoalkan hakikat bahawa kesan praktikal boikot ini agak terhad dan sering kali lebih memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia,” katanya.



Kagan, yang memegang jawatan duta pada April semasa sidang medianya yang pertama berkata boikot seumpama itu akhirnya hanya akan merugikan pekerja Malaysia yang diambil bekerja oleh syarikat yang disasarkan.

Sejak serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, antara jenama yang dikaitkan dengan AS dan menjadi sasaran boikot termasuk McDonald’s dan Starbucks, yang mempunyai cawangan yang menggaji ribuan pekerja di seluruh Malaysia.

Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) juga memperluas “sasaran boikot” mereka sebagai sokongan kepada Palestin.

BDS turut menggesa Marvel Studios dan syarikat induknya Walt Disney Studios mengeluarkan watak Ruth Bat-Seraph daripada filem “Captain America: Brave New World”.



Watak tersebut, yang dikenali dengan nama alter egonya Sabra, digambarkan dalam komik itu sebagai seorang ejen Mossad, organisasi perisikan Israel, serta seorang pegawai polis di Tel Aviv.

Kagan memberitahu Malaysiakini bahawa pendiriannya tidak berubah sejak sidang media terakhirnya, baik dari segi menghormati hak untuk mengadakan protes aman mahupun kesan boikot tersebut terhadap syarikat yang berkaitan dengan AS.

“Sudah tentu kami tidak menyukainya. Kami lebih suka untuk tidak melihatnya.

“Tetapi nampaknya keberkesanan tindakan ini diragui… Saya fikir secara praktikalnya, pada pandangan saya, boikot (sekarang) lebih cenderung menjadi simbolik dan tindakan simbolik sebegini lebih banyak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya. Mk



Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker