Lelaki nyaris jadi korban lubang benam kini Muslim – Abim

Lelaki nyaris jadi korban lubang benam kini Muslim – Abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mengesahkan seorang lelaki memeluk Islam selepas insiden lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur hampir menjerut nyawanya.

Presiden Abim,, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata pengislaman saudara baru itu berlangsung Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre di Masjid Negara, Kuala Lumpur.



Menurut Abim, lelaki terbabit berkunjung ke pejabat mereka dua hari selepas insiden malang berkenaan berlaku.

“Abim maklum akan berita dan maklumat yang tular dalam beberapa platform media sosial khususnya WhatsApp berkenaan pengislaman seorang saudara baru di IOA Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tragedi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.

“Abim mengesahkan bahawa saudara baru tersebut memeluk Islam di bawah kelolaan IOA Masjid Negara pada hari Isnin lalu,” kata organisasi itu hari ini.

Menurut Abim, mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia.



Justeru, katanya lagi, sudah semestinya tidak ada siapa boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan yang menyebut seorang lelaki bukan Islam yang kebetulan berada dengan tempat kejadian tanah jerlus sudah mengucap dua kalimah syahadah.

Lelaki terbabit dikatakan sedang berehat di kawasan awam laluan berkenaan apabila laluan berhampirannya runtuh dan menyebabkan seorang warganegara India terjatuh bersama dalam kejadian pada 23 Ogos lalu.

Lelaki terbabit pula nyaris terjatuh bersama namun sempat berpaut pada laluan berhampiran sebelum bergegas menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai.



Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, lelaki terbabit dikenali sebagai Haridath dan merupakan warganegara Malaysia.

Dia kemudiannya dikatakan mengunjungi pejabat ABIM yang terletak di Masjid Negara untuk memeluk Islam.

Sementara itu, Abim memohon semua pihak agar menghormati privasi saudara baru terbabit selain mendoakan kebaikan buatnya.

“Abim memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.



“Abim mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah,” katanya lagi.

Pada masa sama Abim juga mendoakan agar operasi mencari mangsa yang kini memasuki hari ketujuh dipermudahkan. Mk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker