Bos persatuan insurans berang kena RM19k untuk pembedahan kecil
Hospital swasta mengenakan caj tak masuk akal.
Bos persatuan insurans berang kena RM19k untuk pembedahan kecil
Eksekutif tertinggi sebuah pertubuhan syarikat-syarikat insurans membangkitkan kebimbangannya terhadap dakwaan caj tidak masuk akal yang dikenakan oleh hospital swasta di negara ini ke atas pesakit yang mempunyai insuran.
Ini selepas Mark O’Dell, yang merupakan ketua eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam), dilaporkan menerima bil hampir RM19,000 untuk apa yang disifatkannya sebagai pembedahan hernia kecil.
Menurut O’Dell, dia menjalani “prosedur mudah” itu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur baru-baru ini, dan menginap semalaman di hospital berkenaan sebelum dibenarkan keluar dengan bil 13 muka surat berjumlah RM18,837.55.
“Bagaimanakah prosedur mudah dengan penginapan satu malam di hospital boleh menghasilkan bil 13 muka surat?” soalnya dalam temu bual dengan portal berita kesihatan CodeBlue.
Eksekutif yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam perniagaan insurans hayat itu bagaimanapun enggan menamakan hospital swasta tersebut.
Mengulas lanjut, O’Dell memberitahu portal itu bahawa dia tidak dapat memahami beberapa perkara yang dikenakan oleh hospital dalam bil itu.
Bil itu dilaporkan termasuk caj untuk 95 barangan merentas 13 kategori berbeza, termasuk RM2,105.60 untuk bekalan perubatan dan pembedahan dan RM3,850.30 untuk “peralatan”.
Caj doktor hanya RM2,621 manakala ubatan pula berjumlah RM2,606.68.
Dalam wawancara itu, O’Dell turut membangkitkan kemungkinan dua sistem caj berbeza yang dikenakan oleh hospital swasta ke atas pesakit. Katanya, mereka didakwa akan lebih berhati-hati dengan pesakit yang membayar bil dari poket sendiri.
Menurut ketua pegawai eksekutif Liam itu, seorang doktor pernah memberitahunya bahawa dia akan lebih berhati-hati jika pesakit membayar bil mereka sendiri.
“Tetapi jika pesakit mempunyai insurans, ia tidak diambil kira. Doktor mungkin melakukan apa sahaja yang difikirkannya wajar, kadang-kadang tidak perlu, tetapi tiada batasannya, “kata O’Dell.
“Saya fikir ia sangat bermasalah jika hospital menggunakan sistem dua harga,” tambahnya. Mk
Bos persatuan insurans berang kena RM19k untuk pembedahan kecil
Baca Artikel Menarik:
- Hang Jebat lega pertelingkahan harta dengan Hang Tuah akhirnya selesai
- Presiden Majlis Profesor hadapi tujuh tuduhan pecah amanah
- Bayaran balik penuh jika penerbangan ditunda lebih 5 jam
- Tempoh perakuan sijil udara MAS dipotong kepada setahun
- Pelancong asing beri amaran berhati-hati melawat Malaysia
- Tak perlu hantar surat tunjuk sebab, Jailani jawab Rauf
- Maut terlanggar tayar lori bergolek di lebuh raya
- PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini
- Saya maki kaki troll, bukan masyarakat India – M Mythreyar
- Krisdayanti buat pusingan U
- Dajal dalam politik ketakutan Hadi
- Ebit Lew paksa mangsa ‘belanja’ gambar buah dada
- Anggota polis parah tertimbus ketika cubaan musnahkan bom [VIDEO]
- Arif Aiman buat kejutan, ziarah “Mickey” dikediaman
- ‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines
You must be logged in to post a comment.