Penolong juruukur menang hadiah utama cabutan MSAM 2024

SHAH ALAM: Tuah mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 dua hari berturut membolehkan seorang lelaki memenangi hadiah cabutan utama, sebuah unit apartmen servis lengkap dengan perabot di Serasi Residences, Putra Heights Sentral, yang bernilai RM500,000.

Mohamad Redzuan Daud, 39, yang bertugas sebagai penolong juruukur Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, berkata dia mengunjungi karnival berkenaan pada hari pertama perasmian pada Khamis dan Jumaat.

“Selepas datang pada hari pertama, saya tertarik dengan kepelbagaian program MSAM. Saya kemudian kembali pada hari kedua dan menyertai kuiz yang disediakan kepada pengunjung.



“Tadi, saya amat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang dan ini adalah hadiah cabutan pertama dalam hidup saya selama ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan MSAM 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, petang tadi.

Hadiah utama itu disampaikan oleh Amirudin dengan disaksikan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Mohamad Redzuan berkata, dia sudah 20 tahun bermastautin di Selangor dan menyewa rumah di Seksyen 17 di sini, malah berulang-alik ke tempat kerjanya di Kuala Selangor.

“Saya bermastautin di Shah Alam sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sains Ukur.



“Kini, hampir 20 tahun dan syukur saya dapat memiliki rumah sendiri yang pertama. Saya akan terus berpindah ke kediaman berkenaan selepas memperoleh kunci kelak,” katanya.

Selain Mohamad Redzuan, pengunjung lain yang turut memenangi hadiah utama ialah Noritah Rusli, 48, yang membawa pulang Perodua Ativa 1.0 Turbo.

Harozi Ramli, 45, dari Melaka, pula memenangi Macbook Air 13 inci bagi kategori pengunjung bertuah pada majlis penutupan MSAM 2024.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker