Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia

Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia

Kawasan Pendang di Kedah didapati merekodkan kes penyalahgunaan dadah paling serius di negara ini apabila sudah melepasi angka 1,000 orang daripada nisbah purata ditetapkan iaitu 432 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Nisbah tersebut diperoleh menerusi hasil pemetaan data yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Narkotik Swasta.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil pemetaan ini didapati Pendang adalah kawasan paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah iaitu 1,333 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Ia disusuli beberapa daerah lain iaitu Bachok dan Machang di Kelantan dan Marang, Dungun; Kemaman dan Besut di Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan penutupan Dialog Khas II PDRM 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sime Darby, Bukit Kiara hari ini.

Selain itu, katanya program dialog ini mengumpulkan semua pihak berkepakaran dalam bidang berkaitan pembanterasan dadah termasuk pakar-pakar dari luar negara bertujuan membincangkan pendekatan baharu dan berbeza yang boleh disusun dalam menangani jenayah narkotik yang semakin kompleks tanpa bergantung kepada kaedah lama sedia ada yang di gunakan lebih empat dekad lalu.



Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, mesyuarat Kabinet melibatkan semua agensi terlibat telah membincangkan tentang ‘World Drug Report 2023’ berkaitan trend penyalahgunaan dadah yang mana meningkat di peringkat global.

Katanya, untuk mengetahui situasi terkini trend penyalahgunaan dadah dalam negara, PDRM melakukan analisis dan merumuskanya menerusi dua kaedah penyalahgunaan dadah iaitu satu menerusi perbandingan dengan 10,000 penduduk dan keduanya 10,000 penduduk.

Jelas beliau, menerusi laporan itu, keempat-empat agensi kemudian mengecilkan kajian dan menunjukkan purata penagihan dadah di beberapa daerah melepasi nisbah ideal kebangsaan iaitu 432 penagih bagi 100,000 penduduk.

“Kalau lihat kenapa kes tinggi, faktor demografi iaitu taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan terbabit.



“Data yang kita dapat ini sangat rawak…ia berikan latar belakang, kaum dan taraf pendidikan serta pendapatan isi rumah.

“Kita dapati kelompok ramai terjebak dalam penyalahgunaannya ialah daerah hampir 100 peratus iaitu komuniti Melayu dan kedua merupakan pekerja swasta dan kadar penganggur kira-kira 56 peratus yang daripada golongan B40 dan M40 bawah.

“Kita juga mendapati tahap pendidikan paling tinggi dimiliki mereka adalah kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana angka kelayakan minimun adalah SPM,” katanya.

Menyedari hakikat ini, Saifuddin menegaskan, beberapa pendekatan akan diambil bagi menangani isu penyalahgunaan dan penagihan dadah di kawasan-kawasan terbabit antaranya aktiviti dan program menerusi agensi-agensi berkaitan termasuk ketua-ketua komuniti dan kampung dengan ‘enrichment programme’ dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan bermula sekarang.



“Dalam tempoh enam bulan ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi akan merancang beberapa pendekatan efektif dan tersusun dan menggerakkan agensi berkaitan.

“Selepas tempoh enam bulan itu kita akan membuat pemetaan sekali lagi untuk menilai sama ada program dilaksanakan kami dalam menangani penyalahgunaan dadah mencapai hasil keberkesanan yang disasarkan,” tegas beliau lagi. MG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker