Ku Li pnggirkan orang asli adalah dakwaan paling tidak masuk akal
GUA MUSANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menyelar dakwaan pertubuhan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) kononnya penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengabaikan kebajikan komuniti Orang Asli di pedalaman Gua Musang.
Sebaliknya, Mohd Syahbuddin Hashim menegaskan, Orang Asli di pedalaman Gua Musang yang menetap di pos-pos seperti Pos Kuala Betis, Pos Hendrop, Tuel, Lojing dan sebagainya diberikan pembelaan dan tumpuan khusus oleh Tengku Razaleigh.
Menurut Mohd Syahbuddin, dakwaan Jaringan tidak berasas kerana pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di penempatan Orang Asli, antaranya jalan perhubungan desa yang turut tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan proses pelaksanaannya menunggu masa rolling plan seterusnya.
“Kalau dakwaan mengatakan Tengku Razaleigh tidak cakna kepada masyarakat Orang Asli yang dalam kawasan Parlimen Gua Musang, ia adalah tuduhan melulu dan berbaur hasutan, sedangkan sepanjang bergelar wakil rakyat di sini, Orang Asli sentiasa dekat di hati beliau,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Syahbuddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Jaringan bahawa Tengku Razaleigh tidak bertindak mengenai isu-isu utama melibatkan komuniti itu dalam perkhidmatannya selama 30 tahun.
Bahkan menurut Mohd Syahbuddin lagi, masyarakat Orang Asli melalui perubahan sejak dahulu dan kini baik dalam soal pendidikan, kemudahan, penempatan dan sebagainya.
“Kedudukan Orang Asli dulu dan sekarang amat berbeza termasuklah pertambahan Pos Penempatan Orang Asli, jalan perhubungan, kemudahan rumah, elektrik dan liputan internet dan pendidikan anak anak Orang Asli yang terus diberikan penekanan oleh kerajaan dan juga Tengku Razaleigh sendiri.
“Penempatan semula seperti di Kuala Betis, Pos Brook, Lojing, Pos Tuel dan Hendrop antaranya merupakan bukti masyarakat asli tidak dipinggirkan.
“Sudah kurang masyarakat Orang Asli tinggal di rumah buluh, bahkan sebahagian daripada anak-anak Orang Asli dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bekerjaya,” tambahnya.
Dalam masas sama, Mohd Syahbuddin menggesa Jaringan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dengan menghasut masyarakat Orang Asli supaya menentang kerajaan.
Sebaiknya, jelas beliau, kerjasama boleh dijalinkan antara kerajaan, wakil rakyat dan kumpulan Jaringan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan orang asli bukan sahaja di Gua Musang sebaliknya di kawasan lain.
“Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) pada sambutan Hari Orang Asli Kelantan dan Terengganu turut memaklumkan mengenai beberapa projek antaranya pembinaan jalan perhubungan desa bahkan Tengku Razaleigh juga melalui peruntukkan Parlimen telah menyediakan sejumlah RM370,000 untuk projek “sapu jalan” membaiki kerosakan jalan dan sebagai persediaan menghadapi peralihan Monsun Timur Laut.
“Projek membersih dan membaiki jalan sedang dijalankan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli keluar atau masuk pada musim hujan,” tambahnya.
Jaringan dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, perkara itu timbul apabila kumpulan itu dijemput ke kawasan Cameron Highlands untuk bertemu penyandang Parlimen itu, Ramli Mohd Nor, yang telah melaksanakan projek kerja jalan sepanjang lebih 30 kilometer.
“Ini adalah satu tindakan luar biasa jika dibandingkan kami di Gua Musang, Ku Li lebih 30 tahun berkhidmat tapi sekitar RPS Kuala Betis pun telah gagal untuk membaiki jalan perhubungan desa.
“Tengku Razaleigh dilihat telah gagal walaupun beliau memimpin lebih 30 tahun sejak semangat 46. Keadaan ini sepatutnya Orang Asli telah sedar dan tidak lagi ditipu untuk kali seterusnya,” dakwa kumpulan itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.