Mayat budak lelaki mangsa ketiga dibunuh bapa ditemui

Mayat budak lelaki mangsa ketiga dibunuh bapa ditemui

Mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun disyaki dikelar suspek warga asing ditemukan hari ini di Pantai Leman, Kuala Kedah, susulan penemuan dua beranak berusia 34 dan 10 tahun semalam.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata mayat itu ditemukan terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu sekitar 12 tengah hari tadi.



Katanya, keadaan fizikal mangsa sempurna, namun terdapat kesan kelar di leher sama dialami dua beranak, yang mayat mereka ditemukan di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di Jalan Sultan Abdul Halim, semalam.

“Polis sedang membuat pengesahan identiti mayat kanak-kanak terbabit, namun berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak bongsu suspek yang turut dibunuh pada Ahad lalu.

Ini kerana suspek memang memiliki tiga anak dan salah seorang daripadanya belum ditemukan sebelum ini, suspek dipercayai membuang mangsa ke dalam longkang di Jalan Pegawai iaitu kira-kira 2km dari lokasi pembunuhan sebelum hanyut ke laut, katanya menurut Utusan Malaysia pada sidang media di Alor Setar.

Mayat disahkan ibu dan anak, dipercayai dibunuh



Adzli berkata, seorang lagi anak lelaki suspek berusia lima tahun berjaya diselamatkan polis ketika lelaki itu diberkas malam tadi.

Suspek berusia 43 tahun ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, Alor Setar, 9.20 malam tadi dan kini direman seminggu bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdapat kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa warga asing berusia 34 dan 10 tahun itu yang merupakan isteri dan anak suspek. FMT



Mayat budak lelaki mangsa ketiga dibunuh bapa ditemui

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker