Bapa saudara maut ditikam anak saudara

Bapa saudara maut ditikam anak saudara

Lelaki dipercayai mempunyai masalah mental menikam mati warga emas menggunakan gunting di kepala, dalam kejadian di sebuah rumah di Pekan Darat, Kepala Batas, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 11 pagi, mangsa berusia lingkungan 80-an disyaki maut ketika cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dengan ibunya, berusia 70-an.

Mangsa ketika kejadian berada di rumah bersama suspek yang juga anak saudaranya berusia lingkungan 40-an.

“Berlaku pertengkaran antara suspek dan ibunya yang mangsa kemudian cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

“Namun, suspek yang tidak berpuas hati apabila mangsa cuba mencampuri urusan dia dan ibunya bertindak mengambil sebilah gunting yang diletakkan atas meja lalu menikam bahagian kiri kepala mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia. Ibu suspek juga cedera dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan, lapor Harian Metro memetik sumber.

Menurut laporan, sejurus kejadian itu suspek dikatakan mengamuk apabila memecahkan cermin rumah saudaranya sebelum orang ramai menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Suspek cuba melarikan diri menggunakan motosikal, namun berjaya ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, mengesahkan kejadian namun maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FMT

Bapa saudara maut ditikam anak saudara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker