Naib Presiden Parti Gerakan didakwa pecah amanah wang persatuan
Yap Kim Heng didakwa atas enam pertuduhan.
Naib Presiden Parti Gerakan didakwa pecah amanah wang persatuan
KUANTAN – Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah wang Persatuan Bola Keranjang Amatur Kuantan (KABA) berjumlah RM15,950.
Tertuduh, Yap Kim Heng, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maimoonah Aid.
Mengikut kertas pertuduhan, Kim Heng sebagai seorang ejen iaitu Timbalan Pengerusi KABA didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta iaitu cek bernilai antara RM1,350 hingga RM4,200 milik Dai Sou Nasi Lemak sebagai bayaran sewa dengan menunaikan harta terbabit ke dalam akaun sendiri, isteri dan anaknya dan tidak dimasukkan ke dalam akaun persatuan tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara tahun 8 Mei 2018 hingga 15 Jun 2021 bertempat di RHB Bank Berhad, Jalan Air Putih, di sini.
Dalam prosiding Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon mahkamah menawarkan wang jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Tertuduh yang diwakili peguam R. Balabedha memohon agar wang jaminan ke atas tertuduh dikurangkan berikutan tertuduh yang tidak bekerja dan hanya menerima elaun dari kerja-kerja terdahulu perlu menyara seorang isteri yang sakit dan seorang anak yang masih belajar selain tertuduh sendiri yang menghidap masalah jantung.
Balabedha memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM20,000 bagi setiap pertuduhan selain turut memohon agar pasport diserahkan kepada tertuduh berikutan tertuduh perlu menggunakan pasportnya bagi mendapatkan rawatan jantung di Singapura.
Hakim kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan wang jaminan dikenakan sebanyak RM18,000 selain menetapkan dua syarat tambahan sebagaimama diminta pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. K Online
Naib Presiden Parti Gerakan didakwa pecah amanah wang persatuan
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Oh My English satu sumpahan – Zain
You must be logged in to post a comment.