Hanya dapat ziarah kubur keluarga bila air Empangan Pedu surut
Hanya dapat ziarah kubur keluarga bila air Empangan Pedu surut
KUALA NERANG: Kapasiti air yang semakin menyusut di Empangan Pedu hari ini, dianggap bagaikan rahmat kepada sebahagian penduduk tempatan kerana berpeluang mengunjungi kawasan Kampung Mong Gajah di empangan itu yang menjadi daratan sejak lebih sebulan lalu.
Ini kerana, kawasan empangan terbabit sebelum ini adalah perkampungan keluarga penduduk yang diarahkan keluar dari situ pada 1974 untuk ditenggelamkan menjadi empangan termasuk kawasan perkuburan nenek moyang mereka.
Mengikut rekod di laman web Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini, paras air di Empangan Pedu menyusut hingga tinggal 35.47 peratus, tetapi masih disifatkan berada pada tahap normal.
Air Empangan Pedu yang menyusut menyebabkan Kampung Mong Gajah dalam kawasan empangan itu menjadi daratan dan mula dikunjungi penduduk. – Foto ihsan pembaca
Bagi penduduk asal kampung itu, Zainol Awang, 58, dia mengambil kesempatan menziarahi kubur arwah bapanya yang disemadikan di kampung itu.
Katanya, dia turut membawa anak dan cucunya melawat kubur datuk serta moyang mereka.
“Kami tidak dapat menziarahi pusara ahli keluarga setiap tahun seperti orang lain kerana kawasan ini sentiasa ditenggelami air, sebaliknya perlu menunggu hingga kawasan ini kering yang selalunya berlaku setiap empat tahun sekali.
“Pada 2020 ketika negara dilanda fenomena El Nino, kami dapat menjejakkan kaki di kawasan kubur ini. Hari ini keadaan hampir sama, kami dapat menaiki motosikal terus ke kawasan kubur dan bersyukur kerana masih berpeluang menziarahi pusara bapa serta nenek moyang di sini,” katanya yang tinggal di Kampung Mani, Kuala Nerang.
Sebelum ini, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) dilaporkan membina pagar di kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar itu pada 2006 bagi memastikan ia terpelihara terutama ketika air tasik kering.
Isnin lalu, media melaporkan sumber bekalan air negeri akan kritikal jika takungan Empangan Pedu mencapai paras bawah 15 peratus.
Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh bagaimanapun berkata pada masa ini orang ramai tidak perlu panik mengenai paras takungan air di Empangan Pedu berikutan ia masih pada tahap normal dan tidak bercadang memohon operasi pembenihan awan kerana Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan taburan hujan akan meningkat pada Ogos, September dan Oktober ini.
Arman berkata, orang ramai yang berkunjung ke kampung itu kebanyakannya menggunakan motosikal atau pacuan empat roda berikutan keadaan jalan yang masih becak.
Sementara itu, Arman Che Ya, 43, pula berkata, kehadiran orang ramai ke Kampung Mong Gajah dalam kawasan empangan itu bagi menziarahi tanah perkuburan dipercayai berusia 100 tahun yang semakin kering kini berbanding minggu lalu kerana tanahnya masih lembik.
“Hampir setiap hari saya akan ke sini, tetapi hari ini sempena cuti sekolah, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang membawa keluarga mereka melihat sendiri keadaan kampung yang sebelum ini tenggelam dalam empangan, tetapi kini menjadi daratan kerana air surut.
“Sejak petang semalam, kawasan itu dibanjiri orang ramai yang datang membawa anak untuk melihat pemandangan indah dan menziarahi kubur nenek moyang mereka di sini, malah batu nisan masih ada,” katanya yang juga pesara tentera. BH
Hanya dapat ziarah kubur keluarga bila air Empangan Pedu surut
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET