Budak 14 tahun aktif curi motosikal

Budak 14 tahun aktif curi motosikal

LABUAN: Umur baru 14 tahun sudah aktif curi motosikal.

Dia antara tujuh remaja berusia 14 hingga 18 tahun, termasuk tiga masih bersekolah yang ditahan polis kerana jenayah berkenaan di sekitar pulau ini. Mereka dipercayai aktif sejak Jun lalu dan disyaki terbabit sekurang-kurangnya empat kes curi motosikal pelbagai jenis.



Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata empat laporan polis diterima berkait kes kecurian motosikal di tempat sama pada 17 Jun hingga 26 Julai lalu.

“Susulan itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi membanteras dan mengesan pelaku. Hasilnya pada 14 Julai lalu, di kawasan semak Kampung Bedaun, pasukan khas menemui semula sebuah motosikal yang dilaporkan hilang pada 17 Jun lalu.

“Jam 4.20 pagi 27 Julai, polis menahan dua remaja lelaki serta merampas sebuah motosikal. Hasil semakan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 26 Julai,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, siasatan lanjut ke atas dua remaja yang ditahan membawa kepada penahanan lima lagi remaja lelaki dan polis berjaya menemui semula dua lagi motosikal yang dilaporkan hilang pada 17 Jun.



“Ini bermakna, empat kes kecurian motosikal dalam tempoh sebulan berjaya diselesaikan, semua suspek juga berjaya ditahan dan motosikal yang dicuri ditemui semula,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) dan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, dua motosikal yang dibuang keda dalam sungai berhampiran tempat kejadian juga berjaya ditemui semula.

“Modus operandi kumpulan ini mengambil kesempatan ketika penghuni sedang tidur, menyasarkan motosikal tidak menggnakan kunci leher atau kunci tambahan lalu menolak motosikal berkenaan ke blok yang kosong untuk disembunyikan.

“Cara menghidupkan motosikal itu dengan menggantikan tempat kunci enjin yang dibeli di kedai sekitar Labuan,” katanya menambah semua suspek disiasat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pejara antara enam bulan hingga tujuh tahun jika sabit kesalahan. BH



Budak 14 tahun aktif curi motosikal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker