Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis

Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis

SHAH ALAM: Dua lelaki memecah masuk rumah seorang pegawai polis di Taman Sri Andalas, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata polis terdahulu menerima laporan daripada mangsa yang berusia 36 tahun pada jam 4.20 petang.



Katanya, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat daripada jiran bahawa rumahnya dipecah masuk.

“Selepas dimaklumkan jiran, mangsa pulang ke rumah dan mendapati jeriji pintu rumah diumpil serta rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di kawasan berdekatan mendapati pada jam 2.20 petang, suspek yang menaiki sebuah kenderaan mewah berwarna putih berhenti di hadapan rumah mangsa.

“Dua suspek lelaki kemudian keluar daripada kereta dan mengumpil jeriji pintu rumah mangsa sebelum beredar selepas mengambil barangan dari dalam rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, susulan itu, mangsa mendakwa mengalami kerugian RM5,000 iaitu kehilangan tiga beg tangan pelbagai jenama, beg duit, telefon bimbit serta wang tunai RM100.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah rumah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-33762222 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. BH

Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker