Mat rempit berpeluh kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai polis
Mat rempit berpeluh kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai polis
KAJANG – Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.
Menerusi satu rakaman video yang tular, ia memaparkan pergerakan penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu diiring oleh kenderaan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, menerusi operasi dijalankan, sebanyak 40 buah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah diperiksa jam 6 petang.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu, sejumlah 75 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Mereka yang diperiksa pada operasi khas ini berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun dan kebanyakan kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu.
“Ekoran tiada lesen memandu, sebanyak 40 buah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata beliau, selain tiada lesen memandu, mereka yang ditahan melakukan kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan ubah suai motosikal.
Tegas beliau, orang ramai terutama ibu bapa diingatkan untuk memantau tingkah laku anak-anak agar tidak terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
Selain itu menurutnya, pengguna jalan raya diminta mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti lumba haram atau menjadi samseng jalanan. Sinar
Mat rempit berpeluh kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai polis
Baca Artikel Menarik:
- Pesta janda rai penceraian
- Saudi akan bina stadium terbesar dunia
- GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak
- Tak sangka nikah di Zoo Negara tular – pembaca berita TV3 Khadijah
- Adi Putra duta kolej ICMS
- Turkiye mungkin ‘masuk’ Israel bantu rakyat Palestin – Erdogan
- 19 pelajar muntah, demam selepas sertai kejohanan akuatik
- Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri
- Ini sebab Nonny Nadirah botakkan kepala dan berkemban
- PAS bukan taiko, Gerakan tak teragak-agak keluar PN
- Penunggang motosikal paling cantik di dunia ‘MotoTanya’ maut kemalangan
- DAP mahu melihat UMNO kembali kuat – Abdul Rahman
- Aiman Atirah malas layan desakan Maszlee
- Kenapa Aliff Aziz minta maaf kepada Ruhainies?
- Polis trafik dirempuh mat rempit lawan arus
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo
Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap
Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat