GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak

Adakah ini baik untuk politik Sarawak?

GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak

PKR tidak perlu bertanding pada PRN Sarawak akan datang sebagai ‘tukaran jaminan’ kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas PRU, cadang seorang penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, berkata jika PKR meletakkan calon pada PRN Sarawak yang mesti diadakan pada April 2027, GPS menerajui kerajaan negeri akan mempersoal komitmen PKR bekerjasama di peringkat pusat.

Kerajaan pusat dibentuk PKR bersama rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH), sambil disokong Barisan Nasional (BN), GPS, GRS, dan Warisan. Gabungan parti tersebut mewakili dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Jeniri berkata, Anwar mesti secara serius mempertimbangkan implikasi politik bertanding pada PRN Sarawak.

Jika PKR tidak menentang GPS di peringkat negeri, GPS akan menyokong penuh mereka di peringkat pusat – dan ia lebih penting. PKR perlu berusaha mengekalkan sokongan GPS, justeru kekal berkuasa selepas PRU, katanya.

PKR tahu mereka akan kalah (pada PRN Sarawak), dan ia memberi kesan negatif kepada parti di peringkat pusat. Tiada guna melawan raksasa apabila anda tahu akan kalah.

Baru-baru ini, Premier Sarawak Abang Johari Openg secara berseloroh menggambarkan DAP dan PKR ‘tidak wujud’ di Sarawak, susulan dominasi GPS di negeri itu. Abang Johari yang juga pengerusi GPS, berkata partinya tiada masalah berdepan PH, yang mana pengerusinya adalah Anwar.

September lalu, Abang Johari berkata GPS akan bertanding di semua 82 kerusi. Katanya, tiada perbincangan diadakan dengan kerajaan perpaduan berkait kerusi ditandingi.

Pada PRN Sarawak 2021, PKR tumpas semua 28 kerusi ditandingi. DAP pula sekadar menang dua daripada 24 kerusi ditandingi dan Amanah kalah di lapan kawasan. Pada PRN Sarawak 2016, DAP menang tujuh kerusi, manakala PKR, tiga.

Jeniri berkata, ketiadaan pemimpin utama PKR seperti Baru Bian menjadikan PKR Sarawak berpecah, di mana beliau menggambarkan kesukaran parti itu menang di Sarawak memandangkan ‘sudah hilang taring’ dan ‘tidak hidup’.

Baru, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Selangau, antara 11 wakil rakyat meninggalkan PKR pada Februari 2020, tindakan menyebabkan keruntuhan kerajaan PH selepas 22 bulan berkuasa.

Dalam pada itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata kehadiran PKR dan DAP di Sarawak sebagai pembangkang memainkan peranan penting mengekalkan integriti, kebertanggungjawaban, dan tadbir urus baik di negeri itu.

James Chin dari University of Tasmania, berkata dominasi berterusan GPS membawa kemudaratan kepada tadbir urus baik dan demokrasi.

Katanya, penyokong PKR dan DAP pasti mahu parti mereka terus bertanding pada PRN, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti tersebut hilang sokongan asas.

Chin berkata, PKR dan DAP perlu fokus cara terbaik untuk menyampaikan keperluan wakil PH di negeri berkenaan, sebagai semak dan imbang kepada GPS. FMT

GPS sokong di pusat, PKR tak perlu tanding di Sarawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker