Kes Kapal Selam Scorpene, SPRM temui petunjuk baru
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan memperoleh petunjuk baru dalam siasatan mengenai pembelian kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia dari Perancis.
Laporan oleh The Star semalam, yang memetik sumber yang mempunyai pengetahuan tentang siasatan itu, menyatakan badan tersebut sedang menyiasat sebuah syarikat tempatan yang dipercayai telah membayar RM42 juta tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya.
Laporan tersebut menyatakan bahawa jumlah yang didakwa diseleweng itu adalah sebahagian daripada kontrak bernilai RM530 juta untuk perkhidmatan sokongan berkaitan dengan pembelian kapal selam tersebut.
Pembayaran tersebut dipercayai telah dibuat kepada syarikat-syarikat milik ahli keluarga pemilik syarikat berkenaan (yang membuat pembayaran itu).
“Berdasarkan perkembangan terbaru ini, SPRM akan memanggil beberapa saksi. Malah, kami telah mengenal pasti beberapa daripada mereka dan telah merekodkan kenyataan mereka,” kata sumber yang dipetik dalam laporan itu.
Pembelian dua kapal selam tersebut berlaku ketika Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.
Kedua-dua kapal selam, yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, tiba di Malaysia masing-masing pada bulan September 2009 dan Julai 2010.
Namun, pemerolehan kapal selam tersebut telah dilanda kontroversi di Malaysia dan Perancis.
Pada April 2022, seorang hakim Perancis telah mendakwa syarikat pertahanan Perancis, Thales, atas kesalahan bersubahat dalam rasuah berkaitan penjualan kapal selam tersebut kepada Malaysia.
Thales pada masa itu berkata ia “sangat membantah” tuduhan tersebut.
April lalu ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata suruhanjaya itu masih aktif menyiasat kes tersebut.
“Kes masih berjalan yang mana kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak-pihak luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi,” katanya dilapor media.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
You must be logged in to post a comment.