Demo anti Anwar di Tambun: Ada ke, tak apalah – Anwar
Demo anti Anwar di Tambun: Ada ke, tak apalah – Anwar
Satu perhimpunan dirancang untuk diadakan di pejabat Ahli Parlimen Tambun oleh Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 esok.
Anwar ketika ditanya mengenai himpunan itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
“Ada ke? (himpunan), tak apalah,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, di Keramat, hari ini.
Polis Perak memaklumkan himpunan yang dirancang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Tambun oleh Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 esok tidak mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima pemakluman mengenai himpunan ‘Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ melalui penganjur pada Rabu lalu.
“Setelah disemak didapati pemakluman ini tidak lengkap dan tidak mematuni syarat-syarat yang ditetapkan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Oleh yang demikian pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai himpunan ini kerana merupakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tambahnya tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyertai himpunan berkenaan kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
Semalam pengerusi sekretariat itu, Tun Faisal Ismail Aziz yang juga ahli Bersatu berkata mereka akan mengadakan ceramah umum pada hari ini dan disusuli keesokan hari dengan perhimpunan aman di Tambun – iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Mk
Demo anti Anwar di Tambun: Ada ke, tak apalah – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
You must be logged in to post a comment.