Bekas anggota CIA dipenjara 40 tahun, bocor rahsia ke WikiLeaks
NEW YORK: Seorang bekas pengaturcara komputer Agensi Perisikan Pusat (CIA) dijatuhi hukuman penjara 40 tahun semalam kerana membocorkan alat penggodaman paling berharga agensi pengintip Amerika Syarikat (AS) kepada WikiLeaks.
Joshua Schulte, 35, didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022 , dalam tragedi yang digelar CIA sebagai ‘Pearl Harbor digital’ iaitu pelanggaran data terbesar dalam sejarah agensi perisikan itu.
“Schulte mengkhianati negaranya dengan melakukan beberapa jenayah pengintipan yang paling kurang ajar dan keji dalam sejarah AS.
“Dia menyebabkan kerosakan yang tidak terkira kepada keselamatan negara kita hanya untuk membalas dendam terhadap CIA kerana pelanggaran keselamatan Schulte semasa bekerja di sana,” kata Peguam AS, Damian Williams dalam satu kenyataan.
Hakim Daerah AS, Jesse Furman, menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun kepada Schulte kerana mengintip, menggodam komputer, menghina mahkamah, membuat kenyataan palsu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pornografi kanak-kanak.
Menurut dokumen mahkamah, Schulte bekerja untuk unit penggodaman elit CIA dari 2012 hingga 2016, ketika secara senyap mengambil alat siber yang digunakan untuk menceroboh sistem komputer dan teknologi.
Dia kemudian menghantarnya ke WikiLeaks, selepas berhenti kerja, manakala laman itu menerbitkan data berkenaan secara berperingkat pada Mac 2017.
“Kecurian dan pendedahan oleh Schulte merosakkan keupayaan CIA untuk mengumpul risikan asing terhadap musuh AS; meletakkan kakitangan, program dan aset CIA secara langsung kepada isiko; dan menyebabkan CIA kerugian mencecah ratusan juta dolar,” kata pendakwa raya.
Data yang dibocorkan itu termasuk koleksi perisian malware, virus, trojan dan Zero-Day Attack, yang jika bocor, boleh digunakan oleh kumpulan perisikan asing, penggodam dan pemeras siber di seluruh dunia.
Schulte adalah suspek awal selepas WikiLeaks mula menerbitkan rahsia itu, tetapi secara diam dia didakwa pada September 2017 atas kesalahan mempunyai simpanan rahsia pornografi kanak-kanak pada komputernya.
Selepas itu, tuduhan berkaitan kecurian dan penghantaran maklumat pertahanan negara, di bawah Akta Pengintipan dilakukan.
Pada 2020, juri mensabitkannya atas dua pertuduhan ringan iaitu berbohong dan menghina mahkamah, tetapi ia membabitkan pertuduhan lain.
Pada 2022 pula, juri baharu mensabitkan Schulte atas lapan lagi pertuduhan di bawah Akta Pengintipan dan satu pertuduhan sekatan. Tahun lalu, dia disabitkan dengan tuduhan pornografi kanak-kanak.
Kebocoran itu mendorong kerajaan AS untuk mempertimbangkan tindakan keras terhadap WikiLeaks, dengan bekas pengarah CIA, Mike Pompeo, menyebutnya sebagai ‘musuh perkhidmatan perisikan’
Kerajaan AS kemudiannya mahu mendakwa pengasas WikiLeaks, Julian Assange atas tuduhan pengintipan tetapi lelaki itu kini berada di Britain untuk menghalang ekstradisi ke AS. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
You must be logged in to post a comment.