Pengecualian cukai Yayasan Albukhary dibatal zaman Muhyiddin
Pengecualian cukai Yayasan Albukhary dibatal zaman Muhyiddin
Lim Guan Eng pada perbicaraan kes saman fitnah berhujah pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary telah dilakukan semasa pentadbiran perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.
Lim juga menolak dakwaan Muhyiddin bahawa pembatalan itu dilakukan semasa dia menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018.
Plaintif Lim membuat bantahan itu dalam kenyataan pembukaannya untuk perbicaraan mahkamah hari ini ke atas saman fitnahnya terhadap defendan Muhyiddin.
Lim menerajui Kementerian Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020. Selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri, Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.
Dalam kenyataan pembukaan perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lim mendakwa surat bertarikh 5 Feb 2021 daripada ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada Muhyiddin menunjukkan pembatalan itu berlaku semasa pentadbiran defendan.
Plaintif menegaskan bahawa surat pengerusi yayasan berkenaan menyebut bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) “baru-baru ini” membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf “kelulusan” Kementerian Kewangan.
“Surat ini akan menunjukkan gambaran yang jelas bahawa isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary dibuat ketika defendan sendiri menjadi perdana menteri.
“Perkataan yang digunakan oleh Syed Mokhtar adalah padat dan tepat iaitu ‘baru-baru ini’.
“‘Baru-baru ini’ hanya boleh bermakna baru-baru ini dan berdasarkan surat bertarikh 5 Feb 2021, ia hanya boleh bermakna pembatalan itu berlaku ketika defendan menjadi perdana menteri,” kata Lim.
Ahli parlimen Bagan itu berhujah surat berkenaan tidak pun menyatakan dirinya atau pentadbiran PH sebelum ini sebagai bertanggungjawab terhadap pembatalan status pengecualian cukai.
Lim berkata ini walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim di parlimen pada 21 Mac tahun lepas menafikan dakwaan itu.
“Memandangkan defendan tahu atau sepatutnya mengetahui kandungan surat yang dikeluarkan oleh Syed Mokhtar kepada defendan, satu-satunya penjelasan mengapa defendan terus mengeluarkan kenyataan fitnah secara terang-terangan dengan menyerang plaintif adalah kerana survival politik defendan,” hujah Lim.
Plaintif dijangka disoal balas di mahkamah kemudian oleh pasukan peguam Muhyiddin.
Prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain disambung petang ini.
Pada 27 Mac tahun lalu, Lim memfailkan writ saman terhadap Muhyiddin. Mk
Pengecualian cukai Yayasan Albukhary dibatal zaman Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
You must be logged in to post a comment.