Anak saya menggelupur seperti ayam disembelih

Anak saya menggelupur seperti ayam disembelih

Chukai: “Mujur anak tak telan biskut itu, kalau tidak saya tak tahu apa nasib dia,” kata kata Alias Saras, 57, menceritakan detik cemas selepas anaknya, Mohd Daynail Haikal Alias, 13, termakan biskut beracun di kawasan sebuah kebun di Kampung Dadong Air Puteh, Jumaat lalu.

Alias berkata, anaknya Mohd Daynail Haikal, 13, yang menerima rawatan di Hospital Kemaman sejak kini semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari wad pada bila-bila masa.

Katanya, sebelum kejadian, dia menghantar anak keempat daripada lima beradik itu ke sekolah kerana ada latihan memanah.

“Lepas latihan itu, Mohd Daynial mengikut seorang kawannya dan mereka berdua memancing di parit kecil di tepi kebun terbabit.

“Banyak biskut yang dicampur racun di letakkan di sepanjang pagar dan dalam kebun pisang.

“Mungkin itu kaedah pekebun untuk menghalau kera dan monyet menceroboh masuk ke kebun itu, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot, Air Puteh, hari ini.

Katanya, dia dimaklumkan Mohd Daynial mengambil satu daripada biskut yang tergantung dan menggigitnya walaupun rakan sempat memarahinya kerana berbuat demikian.

“Anak beritahu dia sudah mengunyah biskut tetapi meludahkan semula kerana merasa masam.

“Bagaimanapun, lima minit selepas itu Mohd Daynail tiba-tiba rebah dan menggelupur sebelum rakannya bergegas pulang meminta bantuan daripada ayahnya,” katanya.

Alias berkata, anaknya dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran oleh bapa rakan anaknya itu sebelum dia dimaklumkan kejadian itu.

“Saya yang ketika itu berada di rumah bergegas ke klinik kesihatan terbabit dan ketika itu anak sudah tidak sedarkan diri dan terkena sawan beberapa kali ketika diberi rawatan.

“Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sehari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya,” katanya.

Katanya, dia tidak putus berdoa supaya anaknya itu dapat diselamatkan dan bersyukur selepas dimaklumkan anaknya itu semakin pulih.

“Mohd Daynail beritahu dia mengambil dan menggigit biskut itu kerana tertarik memandangkan biskut jenis itu memang digemari kanak-kanak dan orang dewasa.

“Saya tak sangka kejadian yang meragut nyawa dua beradik yang makan keropok beracun di Kulim Kedah minggu lalu turut berlaku kepada anak saya,” katanya. HM

Anak saya menggelupur seperti ayam disembelih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker