Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020

Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020

Pasangan suami isteri yang direman kerana disyaki menyeleweng dana derma awam terbabit dalam aktiviti itu sejak 2020.

Menurut sumber, suspek yang juga pempengaruh dipercayai sudah mengutip derma dianggarkan mencecah RM3 juta.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal,” katanya.

Menurut sumber itu, dua suspek lain turut ditahan bersama pasangan suami isteri itu kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

Pasangan suami isteri bersama dua lelaki itu berusia antara 20 hingga 30-an kini direman empat hari hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Terdahulu, mereka ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. BH

Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker