Tamparan buat PN, 6 bekas MP Bersatu kekal sebagai ahli parlimen

6 bekas MP Bersatu kekal sebagai ahli parlimen

Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kekal sebagai wakil rakyat.

Menurut sumber, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul telah menyampaikan keputusan itu kepada pimpinan Bersatu.



Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin juga dijangka akan mengadakan sidang media berkenaannya di Parlimen, hari ini.

FMT difahamkan surat pemberitahuan daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengenai keputusan itu telah diserahkan menerusi e-mel dan whatsApp kepada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee malam tadi.

Kiandee ketika dihubungi FMT enggan mengulas lanjut namun memaklumkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan mengadakan sidang media jam 3 petang di Parlimen berhubung perkara itu.

Sumber Bersatu memberitahu antara alasan dikemukakan Johari untuk tidak menunaikan permintaan parti itu supaya kerusi terbabit dikosongkan kerana ingin mengekalkan kestabilan dalam Parlimen demi urusan rakyat dan negara.



6 bekas MP Bersatu kekal sebagai ahli parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker