Empat kucing peliharaan terperangkap banjir diselamatkan doktor meruntun hati [VIDEO]

Dr Phoebe Ann memeluk empat kucing peliharaan yang diselamatkan dalam banjir di rumahnya di Kampung Kolopis, sini, pada 30 Jun lalu.

PENAMPANG: “Ketika di dalam bot, empat kucing saya masih trauma (kerana terperangkap dalam banjir di rumah) malah turut mencakar saya, tetapi selepas dipeluk, barulah kesemuanya tenang,” kata Dr Phoebe Ann Zepher Andrew Lucas.

Doktor gigi berusia 30 tahun itu mendapat perhatian ramai di media sosial susulan perkongsian gambarnya memeluk empat kucing peliharaan yang diselamatkan dalam kejadian banjir di rumahnya di Kampung Kolopis di sini, 30 Jun lalu.

Gambar Dr Phoebe Ann memeluk kucing kesayangan dinamakan Miau, Tatwo, Lico dan Latte yang ketakutan selepas terperangkap dalam banjir meruntun hati netizen yang turut bersimpati dengan situasi itu.



Mengimbas detik cemas itu, Dr Phoebe Ann berkata, dia nekad meredah banjir bersama bapa, Zepher Andrew demi empat kucing yang dipelihara sejak tiga tahun lalu kerana baginya, haiwan itu umpama ahli keluarga sendiri.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, pada mulanya, air di kawasan rumahnya setinggi buku lali sebelum dia dan keluarga segera memindahkan kereta ke kawasan lebih tinggi, jam 3 petang.

“Ketika dalam perjalanan ke rumah, saya terkejut kerana air sudah separas lutut.

“Selepas hantar mummy (Ivy Benjamin) ke rumah jiran di kawasan lebih tinggi, saya dan daddy terus balik ke rumah untuk mencari kucing,” katanya kepada Harian Metro, semalam.



Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati kucing berkenaan berlindung di tempat tinggi dan berada dalam ketakutan.

“Saya bersyukur kerana bukan saja keluarga, malah keempat-empat kucing juga selamat,” katanya yang bertugas di sebuah klinik swasta.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak



Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker