Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC ditahan polis

Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC ditahan polis

SHAH ALAM: Polis menangkap dua lelaki kerana disyaki memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee baru-baru ini, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Hussein berkata, polis menangkap suspek yang berusia 28 dan 33 tahun, selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan di Marang, Terengganu.



“Suspek ditangkap selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dijejak pasukan polis,” katanya dalam sidang media di IPK Selangor.

Bagaimanapun, kata Hussein, siasatan mendapati kedua-dua suspek tersebut tidak mempunyai kaitan dengan beberapa kes membabitkan pemain bola sepak.

“Mereka tiada kaitan dengan kes lain, dan rumah yang mereka sasarkan hanyalah satu kebetulan,” katanya.

Katanya, dengan tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan lapan lagi kes pecah rumah dan curi kenderaan di Selangor, Pahang dan Melaka.



Hussein berkata, reman suspek yang ditahan pada 26 Jun lalu sepatutnya tamat pada 30 Jun tetapi polis berjaya mendapatkan lanjutan perintah tahanan yang berakhir esok.

Pada 22 Mei lalu, kediaman Khuzaimi dipecah masuk menyebabkan beliau kehilangan barangan berharga bernilai RM15,000 termasuk sebuah motosikal Yamaha Y15. FMT

Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC ditahan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker