Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
Kenyataan kontroversi mengenai wujudnya “tokong” dalam sukan bola sepak negara perlu disiasat jika ia ditujukan kepada sultan, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.
Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu.
“Adakah dia maksudkan Sultan Selangor yang tokong itu? Kalau dia kata macam tu dia kena (siasat di bawah) 3R (kaum, agama dan raja) lah,” katanya kepada pemberita di Sungai Bakap hari ini.
Sanusi mahupun wartawan yang menyoalnya tidak menyebut siapa yang membuat kenyataan mengenai ‘tokong’ itu.
Bagaimanapun, ia jelas merujuk kepada catatan media sosial oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pada Khamis lalu, Tunku Ismail mempertikai tindakan Malaysian Football L:eague (MFL) mengurangkan hukuman denda dan membatalkan pemotongan mata terhadap Selangor FC dalam Liga Super kerana tidak menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada 10 Mei lalu.
Tunku Ismail juga menyatakan rasa kesal apabila mendakwa kelab yang melakukan kesalahan kini boleh meminta campur tangan daripada sultan negeri masing-masing.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda tokong sebenar bola sepak Malaysia,” katanya di akhir catatannya.
Bagaimanapun, tidak jelas siapa yang dimaksudkannya.
Sanusi dan Tunku Ismail sebelum ini pernah berbalas sindiran mengenai isu membabitkan sukan bola sepak tanah air.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup
You must be logged in to post a comment.