Tok Pa jawab Bersatu Kelantan, saya dah pencen

Tok Pa jawab Bersatu Kelantan, saya dah pencen

Mustapa Mohamed menegaskan beliau sudah pencen daripada politik dan keluar Bersatu selain meletakkan semua jawatan pada September tahun lalu.

Kenyataan itu menyusul selepas FMT semalam melaporkan Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh itu untuk merampas semula kerusi Parlimen Jeli jika PRK diadakan.



“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 Sept 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Nov 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU15,” kata veteran politik itu dalam kenyataan.

Mustapa lebih dikenali sebagai Tok Pa memenangi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.

Zahari Kechik, bekas setiausaha politiknya membawa cabaran Bersatu di Jeli menang dengan majoriti 12,464 menewaskan tiga calon lain.



Beliau bagaimanapun mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Nov tahun lalu, selepas mendakwa pelbagai isu membelenggu rakyat di kawasannya termasuk kos sara hidup dan peruntukan pembangunan.

Selain Zahari, lima Ahli Parlimen yang turut dihentikan keahlian Bersatu kerana menyokong Anwar ialah Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). FMT

Tok Pa jawab Bersatu Kelantan, saya dah pencen

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker