Kutipan Tabung Solidariti, 100 peratus untuk Selangor FC

SHAH ALAM : Kutipan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) yang dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan diserahkan 100 peratus kepada Selangor FC.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata lebih RM40,000 berjaya dikumpul dalam tempoh kurang 48 jam selepas ia dilancarkan pada malam Rabu lalu.

“Apa yang kita dapat sehingga 2 Julai nanti akan diserahkan 100 peratus kepada Selangor FC, tidak ada sebarang caj pentadbiran dan sumbangan awam itu akan digunakan Selangor FC dalam proses mendapatkan keadilan yang lebih tinggi.



“Tabung solidariti ini bukan soal memberikan duit semata-mata tetapi lebih kepada peluang serta ruang kepada peminat Selangor FC dan bola sepak negara untuk menzahirkan solidariti kepada Selangor FC.

“Sebab itu kita tidak menilaikan sumbangan yang diberikan dan kita galakkan sumbangan serendah RM1,” kata Mohd Najwan ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Najwan turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Football League (MFL) yang mempertimbangkan semula hukuman terhadap Selangor FC.

“Kita ucapkan terima kasih kepada MFL yang cakna tentang keresahan dan suara daripada peminat sukan dan menjunjung titah Sultan Selangor seterusnya memberi pengurangan daripada segi hukuman kepada Selangor FC.



“Pada masa sama, saya difahamkan pihak Selangor FC sedang dalam proses untuk mengemukakan rayuan kepada pihak MFL dan kita lihat apa perkembangannya nanti.

“Saya berhubung dengan pihak Selangor FC dan minta mereka kalau boleh gunakan segala saluran yang ada untuk dapatkan keadilan di peringkat tertinggi. Kita menyokong keputusan yang dibuat Selangor FC dan akan memberi dokongan kepada mereka,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker