Zul Arifi didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
Zul Arifi didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang tular kerana mengacu pistol tiruan dan melarikan remaja lelaki dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Zul Arifi Mohd. Noor, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melarikan mangsa berusia 15 tahun dan mengurung remaja itu di sebuah kedai makan di bandar raya ini pada pukul 3.30 petang, 13 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Zul Arifi didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan tanpa jenama di lokasi, masa dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 32(2) Akta Senjata Berbahaya 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM16,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai depan.
Kosmo! Online pada 13 Jun lalu melaporkan penduduk bandar raya ini gempar dengan penyebaran klip video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang individu mengacu pistol terhadap pengguna jalan lain sewaktu mahu membuat pusingan U di Batu Burok. K Online
Zul Arifi didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
Baca Artikel Menarik:
- Akmal ajak Sanusi lawan bola sepak di Sg Bakap
- Semua pengkhianat UMNO Arau sudah dipecat
- alau dah jodoh dia – Ibu Aliff Aziz
- Rebut kawasan dadah punca kejadian tangan putus ditemukan
- Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan – Tok Mat
- HARAM! UAI bidas pempengaruh dan NGO kayakan diri dengan duit derma
- PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap
- UMNO tekad tawan semula Felda
- Kanak-kanak 9 tahun maut dibaham buaya
- Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Roy Revfa”
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mahu Jadi Pedamping Hidup Nora Danish
- Arwah adik terima ugutan bunuh berkali-kali sejak setahun lalu
- Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
- Puteri Sarah ditawar jadi ‘social escort’ Datuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan
Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.