Hukuman MFL terhadap Selangor FC berat

Pihak pengurusan Selangor FC akan membuat rayuan dengan meneliti segala saluran yang sesuai selepas menerima hukuman ‘berat’ daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Sebagai rekod, keputusan skuad Gergasi Merah untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih menentang membawa padah apabila diberikan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh MFL.

Selangor FC dalam satu kenyataan mengesahkan sudah ambil maklum dengan keputusan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.



“Pihak kelab mengambil maklum keputusan MFL tentang keputusan Selangor FC untuk tidak hadir pada aksi Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei lepas.

“Untuk makluman, pihak kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut elepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei lepas, namun permohonan tersebut telah ditolak.

“Oleh itu, pihak kelab meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil Tindakan seterusnya,” kata kenyataan Selangor FC.

Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum ini telah menetapkan denda RM100,000 yang mana wang berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.



MFL dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Selain itu, perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dimainkan tanpa penonton.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker