Projek Pan Borneo Sabah lambat sebab berebut kontrak – Alexander

Projek Pan Borneo Sabah lambat sebab berebut kontrak – Alexander

Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah lebih lambat berbanding di Sarawak kerana berlaku perebutan dalam kalangan kontraktor untuk mendapatkan tender.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu jumlah pakej kerja projek di Sabah melebihi di Sarawak, turut menjadi punca kelewatan pembinaan.

“Saya difahamkan projek 1A di Sabah sukar berbanding Sarawak memang betul, di sana 35 pakej, Sarawak 11 pakej, lebih sukar kita uruskan…rumit.

“Berebut itu betul, tidak salah sebab banyak kontraktor, banyak pihak berkepentingan, jadi (berlaku) lobi-melobi.

“Ini fakta semua kita tahu. Jangan tuduh saya, menuduh salah fakta…inilah yang berlaku,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran-Bersatu).

Beliau terdahulu meminta penjelasan ‘elemen berebut’ yang disebut Alexander dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah (Warisan).

Terdahulu, Menteri Kerja Raya itu mengakui terdapat masalah yang berlaku sehingga mengakibatkan pembinaan LPB di Sabah lewat.

“Saya nak cerita ia banyak masalah berpunca dari sana ada, berebut dan sebagainya jadi kita nak pastikan di mana kita pilih kontraktor betul-betul berkelayakan dan mampu kita harapkan menyiapkan projek ini.

“Itu sejarah sebelum ini dan sekarang selepas saya ambil alih beberapa bulan ini, kitazsAA berusaha mempercepatkan proses.

“Di Sarawak jalannya sama libatkan ratusan kilometer (km) tapi kita hanya bersetuju dapat 11 pakej. Pengambilan tanah juga lebih mudah sebab tidak libatkan banyak tanah lain dalam jajaran.

“Pengambilan utiliti di Sarawak juga lebih mudah berbanding Sabah, sebab itu pengurusannya lebih mudah betul,” jelasnya.

Alexander berkata, pelaksanaan projek LPB Sabah Fasa 1B dengan anggaran jarak keseluruhan 366.8 km dibahagikan kepada 19 pakej kerja.

Sehingga kini, kontraktor bagi empat pakej telah dilantik, manakala baki 15 kini di peringkat perolehan.

Menurut beliau, baki 15 pakej kerja tersebut telah ditender mengikut kaedah Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih di mana proses penilaian akhir sedang dilaksanakan.

“Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya dijadualkan dapat dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2024 Anggaran kos pembangunan bagi projek ini adalah berjumlah RM13.99 bilion yang dibiayai secara hibrid menggunakan peruntukan Belanja Pembangunan (DE) dan melalui terbitan sukuk/bon oleh DanaInfra Nasional Berhad.

“Berdasarkan unjuran kewangan semasa, peruntukan berjumlah RM400 juta telah disediakan untuk tahun 2024 untuk kerjakerja Awalan,” ujarnya.

Tambah beliau, proses perolehan bagi Projek LPB Sabah Pakej Kerja 9 iaitu pembinaan jalan ari Serusup ke Pituru mengambil masa yang lama bagi memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan dan mampu melaksanakan pakej kerja tersebut dipilih.

“Sukacita dimaklumkan proses penilaian akhir sedang dijalankan di mana Surat Setuju Terima (SST) bagi pakej kerja tersebut dijangka dapat dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2024. Projek dijangka siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan SST tersebut,” katanya lagi. MG

Projek Pan Borneo Sabah lambat sebab berebut kontrak – Alexander

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker