Kita jumpa di mahkamah – Azizi

Adun Nenggiri Azizi Abu Naim berkata beliau sudah menjangkakan pengumuman kekosongan kerusi itu. 5

Kita jumpa di mahkamah – Azizi

Azizi Abu Naim akan membawa pengumuman Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah bersabit kekosongan kerusi Nenggiri disandangnya ke mahkamah.

Tidak terkejut dengan pengumuman itu, Azizi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan peguam bagi proses undang-undang selepas ini.



“Saya tidak terkejut kerana saya sudah jangka pengumuman seperti hari ini akan berlaku. Bagaimanapun, saya tidak mahu mengulas lanjut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

“Esok saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung keputusan yang dibuat oleh Kelantan,” katanya kepada Berita Harian.

Azizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, turut mempersoalkan beberapa perkara termasuk berkait notis ‘hilang keahlian’ dihantar Bersatu sebelum ini.

Beliau menegaskan, notis tersebut tidak menyentuh soal kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Adun.



Terdahulu, Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka mulai hari ini selepas menerima notis di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Azizi pada 13 Jun, dan Bersatu pada 12 Jun lalu memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu dan berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

Azizi antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang terlucut keahliannya kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Amirudin.



Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. FMT

Kita jumpa di mahkamah – Azizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney

Mawi dakwa nampak hari kiamat



Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit

Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker