Anwar mahu projek ECRL yang diasaskan Najib dipercepatkan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) mempercepatkan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Beliau berkata projek melibatkan laluan sepanjang 665 kilometer itu sangat penting dalam memastikan pertumbuhan seimbang di antara kawasan-kawasan kurang membangun, termasuk Pahang, Kelantan, dan Terengganu.
“Sebab itu saya nyatakan kepada CCCC dan MRL supaya segerakan pelaksanaan projek ini dan kita akan beri segala kerjasama supaya pesatkan pertumbuhan dan kejayaan projek ECRL.
“Kita juga minta beberapa perhatian termasuk jaminan kontraktor, perunding, pembekal dari syarikat negara dan penyertaan Bumiputera selayaknya,” katanya ketika berucap di majlis pecah tanah Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak, yang turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang.
Anwar berkata keseriusan kerajaan dalam mempercepat pelaksanaan projek itu, antara lain bagi menjamin pembangunan lebih merata antara kawasan-kawasan kurang membangun.
“ECRL akan menjamin pertumbuhan rantau yang dianggap ‘kurang’ dari segi persaingan dan tidak punya keupayaan bersaing, melainkan kita sediakan prasarana cukup baik. Itu akan memberikan ruang supaya kita boleh menyaksikan pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri-negeri ini,” katanya.
ECRL sepanjang 665km yang bermula dari Kota Bharu dan berakhir di Pelabuhan Klang akan melibatkan 20 stesen iaitu 10 stesen penumpang sahaja dan 10 lagi stesen yang menggabungkan pengangkutan barang dan penumpang.
Projek prasarana mega yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Kuala Lumpur dan Beijing itu dijangka siap menjelang akhir 2026.
Sementara itu, Anwar mahu MRL dan CCCC memastikan penyenggaraan projek ECRL dilaksanakan dengan cekap.
“Ketua Setiausaha Mohd Zuki Ali (Pengerusi MRL) bertemu CCCC dan pengurusan MRL semalam untuk benar-benar memberi tumpuan kepada keperluan bagi meneruskan dan mula merancang mengenai isu operasi dan penyelenggaraan.
“Salah satu kelemahan utama projek mega besar ini ialah keperluan untuk memastikan penyelenggaraan projek ini dilaksanakan dengan cekap dan tidak mengganggu kemajuan pembinaannya,” katanya.
Anwar turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mempercepatkan penyiapan projek itu.
“Saya juga berterima kasih kepada mereka terhadap usaha dalam melatih, memindahkan teknologi dan memberi peluang kepada pemain tempatan untuk didedahkan kepada teknologi terbaharu dan meningkatkan keupayaan mereka.
“Jadi sekali lagi terima kasih kepada semua profesional – jurutera, juruteknik dari China dan Malaysia. Pemimpin boleh merancang, membuat keputusan dan merangka dasar, tetapi kita mempunyai profesional yang komited, teknokrat dan pekerja seperti anda.
“Anda telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukannya dengan lebih berkesan dan dengan jayanya,” katanya.
Perdana menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Li, susulan perbincangan mendalam antara mereka yang menyentuh pelbagai isu, termasuk perdagangan, pelaburan, infrastruktur, pelancongan, budaya dan pendidikan.
“Saya percaya pada kadar kepesatan kerjasama semasa, perkongsian strategik komprehensif dengan China ini adalah sesuatu yang kita sanjungi dan akan mempamerkan bagaimana Malaysia dan China boleh menjadi rakan usaha sama yang hebat dalam bidang ekonomi dan semua aspek pembangunan manusia,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Miza Ozawa mengaku menyundal, positif HIV
- Datuk gout cabul cucu
- Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi
- Kita jumpa di mahkamah – Azizi
- Sarawak bertambah kaya, ada emas, mineral bernilai RM1.25 trilion
- Sin Li Jane juara Terbuka AS, pemain boling negara kian menyerlah
- Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
- Patah hidung, Mbappe disaran pakai topeng ‘Ninja Turtle’
- Nak cantik punya pasal, maut di tangan suami sendiri
- Motif 3 remaja lelaki dirakam gambar bogel
- Bungkusan ditemui atas kubur bapa Muhyiddin (Video)
- Anggota polis ditemukan mati tergantung dalam tandas RnR
- Mawi dakwa nampak hari kiamat
- Ustaz Don buat hal lagi, kali ini direhatkan terus
- Biar saya tanggung kesalahan – Nora Danish
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Budak ‘intern’ sepak senior miang