Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce

Sebab muka selenga saya jatuh cinta dengan dia – Ain Edruce

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mahu terus menjadikan suami, Amirul Hafiz sebagai kandungan media sosial biarpun tindakannya itu mengundang rasa muak netizen.

Ain atau nama sebenar, Nurulain Edruce, 33, berkata, selain menjadi punca rezeki, perkongsian dibuat dianggap kaedah menyimpan kenangan manis bersama insan tersayang itu.



“Sosial media adalah tempat untuk saya simpan kenangan kalau satu hari nanti saya hendak tengok balik.

“Kalau kita simpan dalam galeri telefon pintar, kita takkan tengok sebab ada beratus-ratus gambar.

“Atau mungkin kita akan terpadam gambar atau video. Jadi, media sosial tempat paling sesuai untuk simpan semua memori,

‘Sama ada mereka suka atau tidak, saya akan terus muat naik kandungan membabitkan suami kerana itu punca rezeki saya selain kandungan mengenai anak,” katanya.



Ditanya tidakkah berkecil hati netizen mempersendakan wajah suami dalam mempersoalkan tindakan memaparkan insan tersayang dalam media sosial, Ain yang juga pengacara Melodi enggan melayan provokasi yang cuba memancing emosi.

“Untuk mereka yang kata muka suami saya ‘selenga’, saya tidak terasa hati sebab muka dia memang macam itu pun.

“Tidak adalah sebelum kahwin muka dia lain, selepas kahwin jadi lain. Saya kahwin dengan dia sebab muka dia seperti itu.

“Sebab muka ‘selenga’ dia lah saya jatuh cinta dengan dia. Untuk netizen, saya bagi amaran, kalau tidak suka, bosan atau menyampah, dipersilakan ‘scroll’… Saya tak kisah.



“Ada juga yang terhibur dengan kandungan saya,” katanya. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker