12 kenderaan dirempuh treler

12 kenderaan dirempuh treler

KULIM: Sekurang-kurangnya empat cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di sini hari ini.

Difahamkan, treler terbabit merempuh kenderaan itu sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.37 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Zaidi Yaacob tiba di lokasi bersama sembilan anggota.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamizul Azwan berkata, anggotanya bertindak membersihkan keadaan jalan dan menghindarkan jalan raya di kawasan kemalangan itu. BH

12 kenderaan dirempuh treler

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker