Musa Mohamad meninggal dunia

Musa Mohamad meninggal dunia

Bekas menteri pendidikan yang juga bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Musa Mohamad meninggal dunia akibat kanser darah pada usia 81 tahun.

Menurut anak perempuannya, Aisya Natasha, Musa menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah ‘multiple myeloma’



“(Beliau) akan dikebumikan esok, insya-Allah,” katanya ringkas.

Anak jati Bagan Datuk itu merupakan individu pertama bukan ahli politik menjadi menteri pendidikan dari 1999 hingga 2004.

Selain pernah berkhidmat di USM, beliau turut memegang beberapa jawatan penting lain, antaranya presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2001 hingga 2003.

Selain itu, Musa juga merupakan bekas pengerusi Universiti Multimedia dan pengerusi Majlis Universiti UCSI.



Musa Mohamad meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker