Empat beranak gajah ditemui mati
Empat beranak gajah ditemui mati
ISKANDAR PUTERI: Ibu gajah bersama tiga anak jantannya yang ditemukan mati di Kahang Timur, Kluang, awal bulan lalu, disahkan mengalami kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan empat gajah berkenaan diracun berdasarkan penemuan awal punca kematian selain keadaan bangkai haiwan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya Kerajaan Johor masih menunggu laporan ujian makmal dan toksikologi sampel daripada empat gajah berkenaan sebelum mengambil langkah susulan.
“Berdasarkan dapatan awal, punca kematian empat gajah berkenaan disebabkan kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman.
“Bangkai ibu gajah dan tiga anak jantannya itu berada pada jarak 50 meter antara satu sama lain.
“Namun penyebab mengapa empat gajah itu mengalami kegagalan pernafasan serta organ selain pendarahan dalaman memerlukan keputusan ujian makmal seperti ujian bakterialogi dan mirologi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Johor Bersih@Sungai di Sungai Skudai, Kampung Bakar Batu, Perling, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Pada 1 Jun lalu, seekor ibu gajah dan tiga anak jantannya, disahkan mati dalam kejadian penemuan bangkai gajah yang dipercayai diracun, di Kampung Sri Timor, Kahang, Kluang.
Tian Soon dilaporkan berkata ia susulan hasil bedah siasat awal terhadap empat gajah yang ditemui mati di sebuah kebun di kawasan itu.
Sebelum itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dilaporkan akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai empat gajah yang dipercayai mati diracun,
Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Amin, dilaporkan berkata bedah siasat itu penting bagi menyiasat punca kematian empat gajah berkenaan.
Pada 3 Jun lalu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati itu dikelilingi kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.
Nik Nazmi dilaporkan berkata, laporan awal telah mengenal pasti bangkai seekor gajah betina dan tiga ekor gajah jantan yang ditemukan itu, adalah dari kumpulan Bandar Tenggara di Hutan Simpan Lenggor, Hutan Simpan Kluang dan Kluang Tambahan, Hutan Simpan Labir, Hutan Simpan Sembrong di Johor dan Taman Negara Endau Rompin, Pahang.
Dalam pada itu, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng berkata, bedah siasat terhadap bangkai empat gajah itu sudah dijalankan pakar veterinar sehari selepas bangkai haiwan berkenaan ditemui.
“Sebaik sahaja bedah siasat selesai dijalankan pakat veterinar dbangkai gajah berkenaan ditanam di kawasan terbabit.
“Jika terbukti kematian gajah berkenaan disebabkan ia diracun dan ada bukti kukuh, maka tindakan undang-undang akan diambil,” katanya. BH
Empat beranak gajah ditemui mati
Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
https://mykmu.net/2024/06/06/grand-livina-langgar-lampu-merah-sampai-tersodok-kereta-polis-video/Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.