‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel

‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel

JEMPOL: Lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 61 tahun terpaksa membayar sejumlah wang kepada suspek dikenalinya di Facebook sebagai ‘Ayuni Seri’ bagi mengelakkan videonya tersebar.



“Suspek dipercayai warga Indonesia membuat panggilan video dalam keadaan tidak berpakaian pada 3 Jun, 4.30 petang, mangsa diminta membuka pakaian dan melayan (panggilan) video itu lebih kurang seminit.

“Susulan itu, pengadu menerima (panggilan) video lucah terbabit dan suspek mengugut menyebar gambar pengadu di media sosial dengan ugutan sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata, pengadu yang juga pesara kerajaan membuat pengiriman wang enam kali ke empat akaun berlainan berjumlah RM44,500, pada 5 hingga 7 Jun.

Beliau berkata, mangsa terus diminta memasukkan wang RM58,500 semalam untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun disebabkan kehabisan wang, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. FMT



‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



https://mykmu.net/2024/06/06/grand-livina-langgar-lampu-merah-sampai-tersodok-kereta-polis-video/Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker