Tutup akaun Instagram, apa jadi dengan Hafiz Suip?

KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini, topik mengenai gelagat vokalis lelaki berbakat besar, Hafiz Suip, 34, hangat diperkatakan selepas satu persatu insiden dicetuskan juara musim ketujuh program realiti Akademi Fantasia (AF7) ini.

Bermula dengan tindakan menyahaktif akaun Instagram (IG), bulan lalu, disusuli spekulasi rumah tangga bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah yang dikatakan goyah, tindak-tanduk penyanyi Awan Nano ini terus menimbulkan tanda tanya.

Namun, dalam insiden terbaharu, dakwaan konon hubungan dengan isteri berantakan dinafikan Hafiz yang bertindak membalas komen dilayangkan seorang pengikut akaun TikTok.



Hafiz memberi reaksi sebaik pengikut berkongsi komen berbunyi:

“Tengok nanti selepas cerai, Hafiz akan popular lagi.”

Komen itu dibalas Hafiz melalui jawapan ringkas:

“Jangan buat fitnah kak.”



Gosip mengenai rumah tangga Hafiz dan Nureffy mula diperkatakan apabila kelibat penyanyi berasal dari Sarawak itu tidak dilihat dalam klip video sambutan hari jadi suri hatinya itu, baru-baru ini.

Mengajukan pertanyaan kepada ‘orang kuat’ syarikat rakaman yang menaungi Hafiz, Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim, menolak andaian tindakan penyanyi itu menyahaktif akaun IG sebagai gimik pelancaran single baharu.

Mengaku berbincang dengan Hafiz mengenai projek single baharu, Rosmin bagaimanapun tidak pasti apakah Hafiz masih berminat meneruskan rancangan itu.

Semuanya gara-gara kenyataan Hafiz melalui siaran langsung TikTok, baru-baru ini, mendakwa dirinya sudah tidak relevan dalam industri muzik apabila ditanya peminat mengenai lagu baharu.



“Syarikat tidak dimaklumkan Hafiz atau pengurusnya mengenai kenyataan yang dibuat itu. Apa yang pasti, syarikat rakaman atau Hafiz tidak mungkin buat gimik semata-mata untuk mempromosikan single baharu.

“Mungkin ada sebab tertentu kenapa Hafiz mengeluarkan kenyataan ini. Namun, saya berharap Hafiz tidak serius kerana industri muzik bakal hilang sebutir permata jika Hafiz tidak mahu menyanyi lagi,” katanya.

Usaha BH Online mendapatkan Hafiz bagi mengulas spekulasi bertebaran berhubung status dirinya gagal apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pengurus Hafiz dikenali sebagai Lip mendakwa tidak berhubung dengan penyanyi itu kerana enggan mengganggunya.



“Hafiz sedang bercuti di kampung. Dia banyak habiskan waktu dengan memancing. Biasanya, jika dia memancing, dia tidak mahu diganggu,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker