Kasih seorang bapa, cipta kerusi roda khas untuk anak istimewa

KUALA PILAH: Tidak sanggup melihat anaknya tidak mampu bergerak seperti kanak-kanak lain, seorang bapa mencipta kerusi roda khas untuk anaknya yang mengalami spina bifida atau kecacatan tulang belakang.

Muhammad Qhalish Mohd Noor Syazwan yang berusia setahun tujuh bulan disahkan mengalami spina bifida sejak dalam kandungan yang menyebabkan gangguan urat saraf sekali gus mengakibatkan bahagian pinggang ke bawah lumpuh.

Ibunya, Nur Faradila Ahmad Tarmizy, 36, berkata, selepas dimaklumkan keadaan anak ketika usia kandungan lima bulan, dia dan suami, Mohd Noor Syazwan Ab Patar, 36, sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk membesarkan anak istimewa itu.

“Hasil pemeriksaan kandungan, bayi kami disahkan dalam kedudukan ‘frog position’ yang kakinya bersilang ke atas dan tidak bergerak.



“Pada masa itu doktor ada beri pilihan sama ada mahu meneruskan kandungan atau sebaliknya. Selepas berbincang dengan keluarga, kami mengambil keputusan untuk mengekalkan kandungan sehingga bersalin,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya, di sini.

Nur Faradila berkata, demi memberi fokus kepada anak bongsu daripada dua beradik itu, dia nekad berhenti kerja di Pekan, Pahang dan terpaksa berjauhan dengan suami yang masih bekerja di daerah itu.

“Ketika umurnya sekitar empat bulan, kami melakukan terapi dan kakinya dapat diturunkan ke bawah walaupun masih tidak dapat digunakan sepenuhnya.

“Jika bayi atau kanak-kanak yang sekitar usianya sudah boleh merangkak, berjalan dan berlari, namun Qhalish yang hanya mampu menyeret kakinya. Dia menggunakan tangan untuk bergerak.



“Dia ada tiga sepupu yang hampir sebaya dan dua daripada mereka sudah mampu berjalan. Apabila bermain bersama, dia kerap ‘tenggelam’ dan pergerakannya terhad walaupun dia seorang yang lincah dan aktif.

“Untuk memberikan semangat dan dorongan kepada Qhalish supaya dia tidak rasa disisihkan kerana kekurangan dirinya, suami mula melakukan kajian untuk mencipta kerusi roda,” katanya.

Katanya, suami yang bekerja sebagai jurutera mekanikal mendapat idea mereka kerusi roda selepas melakukan carian di internet ke atas kanak-kanak yang mempunyai masalah sama di luar negara.

“Antara bahan yang digunakan adalah kerusi khas kanak-kanak, papan pemotong daging bersaiz paling besar, tayar basikal, bearing dan span dengan kos keseluruhan mencecah RM700.



“Kami merakam aksi lincah Qhalish menggunakan kerusi roda dan memuat naik di media sosial sebelum ada pengikut yang mempunyai anak dengan masalah sama berminat dengan kerusi roda ini. Ada tiga ke empat orang mahu menempahnya.

“Malah mereka juga meninggalkan komen kagum kerana kami begitu positif selain berani menonjolkan keadaan Qhalish di media sosial. Ini juga memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa,” katanya.

Jelasnya, anaknya itu menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam, bagi membetulkan tulang yang menyekat urat saraf bahagian belakang.

“Semoga dengan pembedahan ini bahagian pinggang ke bawah dapat kembali berfungsi memandangkan dia masih muda dan peluang untuk sembuh sangat tinggi, doakan kami,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker