Syafiq bawa Sheriff ke Hong Kong selepas tak laku di Indonesia

Syafiq bawa Sheriff ke Hong Kong selepas tak laku di Indonesia

Pengarah Sheriff, Syafiq Yusof tidak patah semangat membawa filem ke pasaran antarabangsa biarpun naskhah arahannya itu gagal di pawagam Indonesia.

Buktinya, Syafiq membawa naskhah bercorak aksi ‘thriller’ itu ke Hong Kong dengan rangkaian pawagam sudah mula menayangkan filem Sheriff, semalam.



Syafiq berkongsi filem Sheriff mendapat sambutan beberapa penggiat industri filem Hong Kong seperti Eric Tsang dan Kenneth Lo.

“Saya sempat bertemu Eric Tsang, iaitu lagenda industri filem Hong Kong. Beliau adalah pelakon filem Infernal Affairs dan pengarah filem aksi komedi Aces Go Places.

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



“Berborak lama dengan Tsang. Beliau sangat merendah diri dan banyak pengalaman diceritakan. Kata-kata Tsang yang tidak dilupa adalah apabila beliau menyatakan Hong Kong kecil, namun, filem yang dihasilkan menjelajah dunia kerana kita bikin naskhah hingga titis air mata.

“Maksudnya, bikin filem hingga titisan darah yang terakhir tanpa kompromi. Nasihat yang akan saya pegang sampai bila-bila.

“Terima Kasih Master Tsang yang sempat mempromosikan filem Sheriff. Tsang cakap, kalau ada sambungan filem ini, beliau mahu berlakon,” kata Syafiq melalui entri di Instagram (IG), semalam.

Sebelum ini, Syafiq dilapor teruja dengan tayangan Sheriff di Hong Kong dan menyifatkan ia sebagai ‘surat cinta’ kepada penonton di wilayah itu.



“Saya membesar dengan menonton dan mencintai filem Hong Kong. Filem Sheriff banyak mengambil inspirasi daripada filem kepolisan Hong Kong.

“Filem ini adalah ‘surat cinta’ buat dunia perfileman Hong Kong yang mewarnai zaman kecil. Selalu, kita tonton filem Hong Kong, kali ini, orang Hong Kong tonton filem kita,” katanya.

Mengulas mengenai kegagalan filem Sheriff di Indonesia, Syafiq menafikan dakwaan penonton di negara itu tidak menyokong karya Malaysia.

“Sentimen mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka (rakyat Indonesia) tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar.



“Keadaan itu disebabkan kegagalan saya sendiri… Tidak harus persalahkan sesiapa. Saya akui filem Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem aksi Indonesia,” katanya dalam hantaran berbeza.

Filem Sheriff terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw menampilkan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan. BH

Syafiq bawa Sheriff ke Hong Kong selepas tak laku di Indonesia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker