Maut dirempuh pikap ketika bantu mangsa nahas

Maut dirempuh pikap ketika bantu mangsa nahas

KOTA TINGGI: Seorang pemuda maut dilanggar pikap ketika sedang membantu mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 18.8 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam, jam 5.20 petang.



Berdasarkan siasatan, berlaku kemalangan membabitkan Perodua Axia dipandu lelaki tempatan berumur 33 tahun dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi.

“Axia terbabit dipercayai terbabas sendiri. Apabila melihat kemalangan tersebut, seorang lelaki tempatan yang memandu Toyota Hilux dari arah bertentangan telah memberhentikan kenderaan dan membantu pemandu Axia terbabit.

“Ketika mangsa itu yang berusia 35 tahun sedang cuba membantu di lokasi terbabit, tiba-tiba sebuah Mitsubishi Triton dipandu lelaki tempatan berumur 27 tahun bersama dua penumpang dari arah Sungai Rengit melanggar mangsa yang berada berhampiran Perodua Axia itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hussin berkata, akibat kemalangan itu pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Pemandu dan penumpang Triton terbabit yang turut cedera dirawat di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu Proton Axia yang cedera ringan dirawat di hospital swasta di Pasir Gudang.

“Punca kemalangan masih disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Maut dirempuh pikap ketika bantu mangsa nahas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?



Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker