Tunjukkan bukti – Khai Bahar

Khai Bahar dituduh gemar berparti liar di kelab malam

Tunjukkan bukti – Khai Bahar

PENYANYI dan pelakon, Khai Bahar tampil menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dirinya kini semakin ligat mengunjungi parti liar di kelab malam bersama rakan.

Menurut Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, dia sedar akan kekurangan dirinya, namun mengakui sudah lama tidak menghadiri acara hiburan kerana merasakan perkara itu hanya akan membuatkan dia larut terus merindui arwah ibu tercinta.



“Benda ni nak katakan bukti seratus peratus benar atau tidak, saya tak kata saya seorang yang baik. Saya jumpa mereka (rakan) pun hanya untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Tapi kami kurang berjumpa selepas mak saya sakit sekitar 2022.

“Pada masa itu juga, saya berhenti secara agresif melepak dengan kawan sebab hormat emak yang kurang sihat. Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu, macam bilik VIP pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri.

“Lepas mak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan melepak. Hanya fokus kepada mak, tak pergi sana sini. Sebab benda tu melalaikan saya untuk melupakan mak saya,” ujarnya kepada URTV.

Khai berkata demikian ketika ditemui di majlis Media Gathering Khai Bahar di Indigital Music, Petaling Jaya, petang tadi.



Dalam masa sama, dia turut menegaskan bahawa spekulasi tersebut sama sekali tidak benar kerana acara yang dimaksudkan hanyalah sekadar sesi karaoke sahaja.

“Saya beritahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah. Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya juga ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

“Karaoke sahaja, dakwaan parti itu tidak benar. Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahun lepas timbul.

“Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong. Fikir arwah mak saya rasa semua benda macam ‘stuck’,” ujarnya lagi.



Walau bagaimanapun, pelantun lagu Bayang ini menyifatkan dakwaan tersebut hanyalah salah faham orang ramai dan bukan atas niat untuk membalas dendam.

“Dakwaan tu mungkin boleh juga dikatakan salah faham tapi bukan sabotaj.

“Kalau tak ada bukti jangan cakap. Saya kenal kawan saya. Cukuplah jaga aib kita sendiri dan jaga diri sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, dia juga mengulas mengenai dirinya sebagai selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi, namun memilih untuk membiarkan isu itu berlalu kerana yakin pada akhirnya, pelaku tersebut akan berhenti dari terus membuat dakwaan yang menimbulkan fitnah.



“Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti.

“Nak berlawan balik pun tiada faedah. Siasat la sampai dapat, saya tak buat apa pun,” akhirinya. Utv

Tunjukkan bukti – Khai Bahar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker