Keluarga Melayu Islam makan BABI kerana kesilapan penghantar makanan
Kesilapan seorang penghantar makanan menyebabkan sebuah keluarga beragama Islam mendapat makanan mengandungi daging babi, seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dua hari lalu.
Malah, menurut pengguna Facebook Izham Nayan, makanan tersebut telah dimakan anak keluarga itu yang tidak dapat mengecam daging itu.
Kisah itu mengundang perhatian ramai dan setakat ini telah menerima kira-kira 1,000 komen dan dikongsikan lebih 1,000 kali.
“(Penghantar makanan) salah hantar makanan babi ke rumah kawan saya. Asalnya pesan mee tarik.
“Ibu tengah buat kelas online. Anak-anak kecil pula tengah lapar. Ayah pesan untuk anak di rumah, anak terima dan makan saja.
“Resit biasanya tampal di luar tetapi yang ini resit (diletakkan) di bawah sekali dalam plastik. Lepas keluarkan semua (makanan), baru jumpa resit,” katanya.
Dalam hantaran itu, dia melampirkan gambar makanan, resit makanan yang diterima dan tangkap layar pesanan asal yang dibuat.
Menurut tangkap layar itu, pesanan asal yang dibuat ialah mee tarik berserta daging dan dumpling.
Manakala resit untuk makanan yang diterima pula adalah nasi ayam panggang dan nasi babi panggang.
Mengulas perkara itu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam yang makan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa pengetahuan adalah tidak bersalah.
Menurut laporan Harian Metro, dia memetik ayat 173 surah al-Baqarah yang sebahagiannya bermaksud “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah…”
Dia turut memetik ayat 5 surah al-Ahzab, sebahagiannya bermaksud “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya.
“Ulamak menasihatkan, jika seorang Muslim mengetahui bahawa dia sudah termakan daging khinzir dan mampu memuntahkannya maka dia hendaklah berbuat demikian,” katanya lagi seperti dipetik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibrahim nak tolong Anwar punggah ‘duit’ Mahathir dari luar negara
- Janganlah macam ini Tuan Guru
- Kena buka tudung pulak, keluh Norish Karman
- Britney Spears bikin kecoh
- Mahathir minta Anwar bawa balik berbilion duit curi
- Tentera tendang kepala seorang lelaki depan orang ramai
- Tunjuk ‘kemaluan’ dan bercakap lucah ketika panggilan video, ‘content creator’ ditahan polis
- Pulangkan semula, bukan hak kita
- Cliff Umar mengaku miliki heroine, berdepan penjara 5 tahun
- Hassan betul tentang kes pengiring kerabat raja pukul OKU, tapi…
- Ini punca mengapa Cameron Highland sesak teruk menjelang cuti sekolah
- Tajuddin mahu kembali kepada UMNO
- Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan
- ‘Sidai’ murid tengah panas, KPM akan ambil tindakan
- Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap
You must be logged in to post a comment.