Marsha nak cuba IVF setelah 10 tahun tiada anak

Marsha nak cuba IVF setelah 10 tahun tiada anak

Selepas 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata, penyanyi Marsha Milan mengakui mahu mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan berbuat demikian.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, berkata, dia dan suami masih mencari waktu sesuai memandangkan proses rawatan tersebut menuntut tempoh masa yang panjang.



“Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

“Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja.

“Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Darah itu, dia juga terbuka mengenai pengambilan anak angkat andai benar hidupnya ditakdirkan tiada rezeki zuriat meskipun suaminya menasihati agar tidak berfikiran jauh.



“Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

“Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

“Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015. K Online



Marsha nak cuba IVF setelah 10 tahun tiada anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya



Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker