Perkampungan haram Rohingya di Sentul diserbu

Perkampungan haram Rohingya di Sentul diserbu

Menjadikan tanah milik kerajaan sebagai kawasan perkampungan haram yang dihuni warga asing dengan sebahagian besarnya adalah etnik Rohingya.

Malah, penempatan yang dibina di Sentul di sini itu dilengkapi kemudahan elektrik dan air.

Bukan itu saja, mereka turut menjadikan kawasan berkenaan seperti di kampung halaman dengan bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan selain mempunyai kemudahan kedai runcit sendiri.

Bagaimanapun, penempatan haram itu diserbu pihak berkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu, tengah malam tadi.

Dalam operasi bermula 12.30 tengah malam, terdapat segelintir warga asing yang cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah dan bersembunyi di sebalik timbunan besi, namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membabitkan kekuatan 229 pegawai serta anggota.

Beliau berkata, seramai 124 warga asing ditahan untuk pemeriksaan terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia dan India.

Katanya, penempatan haram itu dihuni oleh warga asing yang sebahagiannya sudah berkeluarga iaitu mempunyai isteri dan anak serta dari Myanmar dipercayai etnik Rohingya.

“Pemeriksaan mendapati, terdapat lebih 20 rumah dan lima unit kedai runcit dibina yang menjual barangan keperluan penghuni seperti sirih kapur serta minyak masak paket bersubsidi.

“Hasil soal siasat awal, warga asing terbabit mendakwa menyewa rumah ini daripada warga tempatan dengan kadar sewa RM400 sebulan. Malah, ada mendakwa sudah tinggal di sini sejak lebih tiga hingga empat tahun lalu.

“Semakan mendapati, kawasan berhampiran sebelum ini adalah kawasan setinggan yang didiami penduduk tempatan tapi kini berlaku pencerobohan tanah dan rumah disewakan kepada warga asing,” katanya dalam sidang media selepas menyertai operasi berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha.

Mengulas lanjut, Roslin berkata, semakan mendapati kawasan penempatan haram itu dibina atas tanah milik DBKL dan pihaknya dengan kerjasama agensi terbabit akan mengesan warga tempatan yang disyaki membina penempatan berkenaan serta menyewakan kepada warga asing.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan akan dijalankan proses dokumentasi dan siasatan lanjut oleh pihak JIM Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa. HM

Perkampungan haram Rohingya di Sentul diserbu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker