Pakistan rekodkan suhu 52 darjah Celsius
Pakistan rekodkan suhu 52 darjah Celsius
Islamabad: Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, iaitu bacaan tertinggi pada musim panas dan hampir dengan rekod tertinggi negara itu, di tengah-tengah gelombang panas yang berterusan, menurut pejabat meteorologi negara itu pada Isnin.
Suhu melampau di seluruh Asia sejak sebulan lalu menjadi lebih teruk, dan kemungkinan besar akibat perubahan iklim yang didorong oleh manusia, kata pasukan saintis antarabangsa.
Di Mohenjo Daro, sebuah bandar di Sindh yang terkenal dengan tapak arkeologi yang bermula sejak Tamadun Lembah Indus yang dibina pada 2500 SM, suhu meningkat setinggi 52.2 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam sebelum Isnin, seorang pegawai kanan Jabatan Meteorologi Pakistan, Shahid Abbas memberitahu Reuters.
Bacaan itu adalah yang tertinggi pada musim panas setakat ini, dan menghampiri paras tertinggi di bandar dan negara masing-masing iaitu 53.5 darjah Celsius dan 54 darjah Celsius.
Mohenjo Daro adalah bandar kecil yang mengalami musim panas yang sangat panas dan musim sejuk yang sederhana, serta hujan yang rendah. Dengan gelombang panas semasa, hampir tiada pelanggan di kedai di bandar berkenaan.
“Pelanggan tidak datang ke restoran kerana panas melampau. Saya duduk di restoran dengan meja dan kerusi ini dan tanpa pelanggan.
“Saya mandi beberapa kali sehari yang memberi saya sedikit kelegaan. Panas membuatkan kami sangat tidak senang,” kata pemilik gerai teh di bandar itu, Wajid Ali, 32.
Berdekatan dengan kedai Ali, terdapat sebuah kedai membaiki barangan elektronik yang dikendalikan oleh Abdul Khaliq, 30, yang duduk bekerja dengan menutup separuh daripada kedai itu untuk melindunginya daripada sinaran matahari.
Khaliq turut merungut mengenai kepanasan yang menjejaskan perniagaan.
Doktor tempatan, Mushtaq Ahmed menambah bahawa penduduk tempatan menyesuaikan diri dengan hidup dalam keadaan cuaca yang melampau dan lebih suka tinggal di dalam rumah atau berhampiran sumber air.
Suhu tertinggi yang direkodkan di Pakistan adalah pada 2017 apabila suhu meningkat kepada 54 darjah Celsius di bandar Turbat, yang terletak di wilayah barat daya Balochistan. HM
Pakistan rekodkan suhu 52 darjah Celsius
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.