Orang Malaysia makan 15g mikroplastik sebulan, tertinggi di dunia

Orang Malaysia makan 15g mikroplastik sebulan, tertinggi di dunia

Satu kajian baharu di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia makan kira-kira 15 gram, manakala penduduk Indonesia makan sekitar 13 gram mikroplastik sebulan, lapor sebuah portal berita kelmarin.

Jumlah itu adalah yang tertinggi di dunia.



Majoriti sumber partikel plastik yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia itu datang daripada sumber akuatik seperti makanan laut.

Kajian mengenainya disiarkan dalam penerbitan Environmental Science & Technology.

Tidak jauh dibelakang Malaysia ialah Indonesia yang menduduki tempat kedua.

Kajian sama mendapati penduduk Indonesia makan sekitar 13 gram mikroplastik sebulan.



Mesir menduduki tempat ketiga diikuti oleh Filipina Vietnam dan Laos secara turutan bagi melengkapkan lima kedudukan teratas.

Kajian oleh Universiti Cornell itu turut menyenaraikan negara yang paling banyak menyedut mikroplastik semasa bernafas.

Kumpulan penyelidik menyatakan bahawa China muncul nombor satu dalam aspek tersebut diikuti oleh Mongolia dan Britain.

Malaysia pula berada di tempat ke sembilan.



Mikroplastik merujuk kepada partikel halus plastik yang berada di ruang udara. K Online

Orang Malaysia makan 15g mikroplastik sebulan, tertinggi di dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker