20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023

20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023

Keputusan SPM 2023 menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil adalah sebanyak 93.5 peratus.

Menurut laporan Berita Harian, seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.



Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

Pencapaian SPM 2023 antara bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun jurang pencapaian calon kekal pada 0.43 mata seperti SPM 2022.

Berikut ialah 20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS):

1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)
2. Sek.Sultan Alam Shah,Putrajaya. (1.073)
3. Kolej Tunku Kurshiah,N.9 (1.248)
4. SM Sains T. Munawir,N.9 (1.255)
5. Kolej Yayasan Saad,,Melaka. (1.257)
6. Sekolah Seni Malaysia, Johor. (1.278)
7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. (1.282)
8. SM Imtiaz Kemaman, Terengganu. (1.324)
9. SBPI Gombak, Selangor. (1.385)
10. SM Sains Kuala Terengganu. (1.401)
11. SM Sains T. Aishah Rohani, N.9 (1.403)
12. SAM Bestari,Selangor. (1.409)
13. Sekolah Tun Fatimah, Johor. (1.421)
14. SM Sains Kota Tinggi, Johor. (1.442)
15. SMKA Sultan Azlan Shah,Bota Perak.(1.455)
16. SMK Agama Putrajaya. (1.465)
17. MRSM Tun Ghafar Baba,Melaka.(1.490)
18. SBPI Kuantan,Pahang.(1.504)
19. SMKA Kerian,Perak.(1.506)
20. SMK Bukit Jambul,Penang.(1.533)



Lebih mengejutkan, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperikaaan itu.

Dari segi kehadiran, 373,525 orang calon atau 97.4 peratus menduduki SPM 2023 manakala jumlah calon tidak hadir berjaya dikurangkan 1.2 peratus berbanding tahun lalu. VC

20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker