Kisah Rasulullah s.a.w. dengan wang 8 dirham
Kisah Rasulullah s.a.w. dengan wang 8 dirham
Rasulullah s.a.w. walaupun bergelar pesuruh Allah dan menjadi orang nombor satu dalam kalangan umat Islam, namun tetap menjalani kehidupan dengan serba sederhana. Beliau tidak hidup dalam kemewahan sebagaimana layaknya seorang pemimpin. Malah adakalanya Baginda sendiri menghadapi kesukaran dalam hidup kerana kekurangan wang.
Meskipun begitu ia tidak menghakis sikap dermawan Baginda s.a.w. terutama dalam menyantuni golongan fakir miskin. Banyak kisah yang menceritakan tentang sikap dermawan Baginda antaranya seperti yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya,
“Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling dermawan. Sikap dermawannya itu lebih terserlah ketika di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril mengunjungi Baginda setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah melebihi angin kencang yang bertiup” (HR Bukhari)
Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w. hendak berbelanja di pasar. Beliau membawa bekalan wang sebanyak 8 dirham untuk membeli pakaian dan barangan dapur. Ketika dalam perjalanan, Baginda terlihat seorang wanita sedang menangis, lalu Baginda bertanya kepadanya,
“Mengapa engkau menangis? Apakah engkau sedang ditimpa musibah?”
Wanita itu mengatakan bahawa dia adalah seorang hamba. Dia menangis kerana kehilangan wang dua dirham dan takut akan dipukul majikannya.
Mendengar jawapan hamba wanita itu, lalu Rasulullah mengeluarkan dua dirham dari simpanannya dan diberikan kepada hamba tersebut. Kini wang yang ada padanya berbaki enam dirham lagi untuk berbelanja.
Sampai di pasar, Baginda s.a.w. lalu membeli sehelai jubah kesukaannya. Usai itu, ketika hendak berjalan mencari kelengkapan yang lain tiba-tiba beliau terdengar teriakan seorang lelaki tua,
“Barangsiapa memberiku pakaian, Allah S.W.T. akan mendandaninya kelak”
Baginda memerhatikan lelaki tua itu. Ternyata pakaiannya tidak sesuai dikenakan kerana sudah banyak yang koyak rabak dan rosak di mana-mana bahagian tubuh. Tanpa berlengah lalu Baginda s.a.w. memberikan lelaki tua itu jubah yang baru sahaja dibelinya dengan perasaan gembira.
Kemudian Rasulullah s.a.w. meneruskan langkahnya untuk membeli keperluan lain. Namun ketika sedang berjalan, dia didatangi hamba wanita yang dibantunya tadi. Hamba wanita itu mengadukan padanya yang dia takut untuk pulang ke rumah.
Dia khuatir akan dihukum majikannya kerana terlambat pulang. Ini kerana pada zaman itu, seorang hamba akan diperlakukan dengan sewenangnya oleh majikan. Mendengar keluhan hamba wanita tersebut, Baginda s.a.w. yang sememangnya mempunyai sifat penyayang dan belas ihsan berasa kasihan dan terbuka hati membantu menghantarkan hamba itu pulang ke rumah majikannya.
Tatkala sampai di rumah majikan hamba itu, Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam. Akan tetapi sunyi sepi tiada kedengaran sesiapa pun menjawab salam Baginda. Lalu beliau mengucapkan kembali salam dan untuk kali yang ketiga barulah salamnya bersambut penghuni rumah. Kelihatannya semua penghuni rumah itu adalah wanita.
“Kenapa kalian semua tidak menyahut salam pertama dan keduaku?” Tanya Baginda s.a.w.
“Kami sengaja diam kerana ingin didoakan olehmu wahai Rasulullah dengan tiga kali salam” Jawab penghuni rumah.
Kemudian Baginda menyerahkan hamba wanita itu kepada pemiliknya dan menjelaskan persoalannya seraya berpesan,
“Jika hamba wanita ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku sahaja yang menerima hukumannya”
Mendengar percakapan Baginda yang begitu tulus dan ikhlas, penghuni rumah itu terkesima dan terharu. Spontan ia berkata,
“Hamba ini sekarang bebas kerana Allah”
Mendengar pengakuan penghuni rumah, Rasulullah s.a.w. berasa gembira dan sangat bersyukur. Ujar Baginda,
“Tidak ada lapan dirham yang begitu besar barakahnya daripada lapan dirham ini. Dengannya Allah telah memberi rasa aman kepada orang yang ketakutan, memberi pakaian pada orang yang telanjang dan membebaskan seorang hamba”
Rasulullah s.a.w. tidak mendapatkan barang keperluannya namun beliau bersyukur kerana dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada ramai orang. Wallahu a’lam Utv
Kisah Rasulullah s.a.w. dengan wang 8 dirham
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
You must be logged in to post a comment.