Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka – sumber
Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka – sumber
Presiden PKR, Anwar Ibrahim di bawah tekanan untuk menggugurkan ketua terkemuka di negeri tertentu susulan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin bahagian, menurut sumber.
Seorang pemimpin PKR enggan dinamakan berkata, Anwar menemui pemimpin bahagian setiap negeri baru-baru ini, dengan mereka dari sebuah negeri tertentu membangkitkan kebimbangan terhadap ketua mereka.
“Ada yang mungkin tidak lantang dengan kebimbangan mereka dalam pertemuan itu, tetapi kemudian menyuarakan rasa sangat tidak puas hati dalam kumpulan WhatsApp kepimpinan negeri.
“Presiden parti sudah beritahu beliau sedang meneliti penstrukturan semula kepimpinan beberapa negeri selepas mendapat maklum balas semua pemimpin bahagian,” katanya.
Sumber itu mendakwa tokoh terbabit yang juga kepimpinan tertinggi PKR, berulang kali campur tangan dalam pelaksanaan tugas pemimpin bahagian.
“Contohnya, pelantikan ahli majlis tempatan. Pemimpin bahagian sepatutnya mengemukakan calon pilihan mereka, tetapi pemimpin negeri tertentu campur tangan, termasuk ketua negeri itu.”
FMT sudah menghubungi beberapa pemimpin negeri PKR untuk mengulas.
PKR menerajui kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan, selain menjadi sebahagian daripada pentadbiran Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sabah.
Bulan lalu, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, parti itu akan merombak kepimpinan negerinya dan Anwar sudah selesai melakukan rombakan di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Selangor. FMT
Anwar bawah tekanan gugur ketua negeri terkemuka – sumber
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
You must be logged in to post a comment.