Serangan bom besar-besaran, Israel cuba hancurkan Rafah lewat malam tadi
KAHERAH: Kereta kebal Israel mara ke pinggir daerah yang sesak di tengah Rafah semalam, menjadikan malam paling sengit akibat pengeboman di bandar selatan Gaza sejak tentera rejim Zionis melancarkan serangannya di bandar itu, bulan ini.
Serangan Israel ke atas Rafah menyebabkan ratusan ribu orang bertempiaran melarikan diri dari tempat perlindungan untuk separuh daripada 2.3 juta penduduk di kawasan itu.
Pihak tentera juga memutuskan laluan akses utama untuk bantuan ke Gaza, sehingga menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap mangsa yang mungkin kebuluran.
Israel memberi alasan mereka tidak mempunyai pilihan, selain menyerang bandar itu untuk menumpaskan batalion terakhir pejuang Hamas yang dipercayai berlindung di sana. Sejak awal bulan ini, tentera Israel secara perlahan-lahan bergerak ke pinggir timur Rafah.
Penduduk dan pejuang Hamas berkata, kereta kebal mengambil kedudukan baharu iaitu di pinggir kejiranan Yibna di tengah Rafah, berbanding sebelum ini di sepanjang pagar sempadan selatan dengan Mesir.
Setakat ini, mereka belum lagi memasuki daerah berkenaan kerana sedang sengit bertempur.
Sayap bersenjata Hamas berkata, mereka sudah menyerang dua kapal pengangkut tentera berperisai di pintu pagar di sepanjang pagar sempadan menggunakan roket anti kereta kebal.
Penduduk Palestin pula berkata, dron Israel juga melepaskan tembakan ke pinggir bandar Yibna dan tembakan semalaman ke atas bot nelayan di pantai Rafah menyebabkan banyak yang terbakar.
“Tembakan Israel tidak berhenti sepanjang malam, sama ada dari dron, helikopter, pesawat perang dan kereta kebal.
“Kereta kebal membuat tolakan terhad ke tenggara, masih terhad tetapi mereka sudah mara walaupun berlaku kebakaran besar sepanjang malam,” kata seorang penduduk Rafah yang enggan dikenali kepada Reuters.
Setakat ini, tiada pengesahan daripada tentera Israel mengenai Rafah, namun mereka mendakwa sudah membunuh beberapa pejuang dalam operasi yang disasarkan di Khan Younis dan di utara Semenanjung Gaza.
Tenteranya sudah kembali dalam operasi besar walaupun mendakwa membongkar pangkalan Hamas beberapa bulan lalu.
Sementara itu, saksi memberitahu Anadolu, tentera Israel memperluaskan pencerobohan di bandar Rafah dengan melakukan pengeboman hebat ke kawasan kediaman bandar itu.
“Tentera Zionis turut meluaskan pencerobohannya di kawasan Philadelphi Corridor di antara Gaza dan Mesir, serta kem pelarian Yibna di tengah Rafah,” katanya.
Philadelphi Corridor ialah laluan sempit sepanjang 14 kilometer yang disepakati dalam perjanjian damai Israel-Mesir pada tahun 1979.
Dalam penerokaan baharu tentera Rafah, tentera zionis menguasai lebih separuh daripada kawasan Philadelphi Corridor bersebelahan dengan sempadan Mesir.
Menurut seorang wartawan Anadolu, Israel kini menempatkan tenteranya di kawasan timur dan tengah Rafah dan di pinggir kawasan selatan Rafah.
Setakat kelmarin, Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) menganggarkan lebih 800,000 orang melarikan diri dari Rafah sejak Israel mula menyasarkan bandar itu pada awal Mei, walaupun terdapat rayuan antarabangsa untuk serangan itu tidak berlaku.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
You must be logged in to post a comment.